Bianglala

231 8 0
                                    

Lepaskan semuanya
Hingga tiada satu pun tertinggal
Biar sendiri berdiri disini
Yang biasa disisi
Bukan selamanya sudi
Dan mungkin itu yang menghumban diri ke perut bumi
Jadi biarlah sendiri

Satu-persatu langkah diaturkan
Tapak semalam masih tertinggal kesan dibelakang
Kenangan kelam mencuba nasib
Menyinggah dan merayu kembali pulang
Mencari peluang menggoyahkan diri yang dalam penghijrahan

Airmata dikesat kasar
Sesaat pun tidak mahu hari semalam muncul kembali
Tidak sudi menoleh lagi
Cukup

Titis demi titis
Airmata jatuh
Habis mekar alis mata
Luka ini berat
Peritnya tak tertanggung

Lelah cukup lelah
Dengan helah dunia
Berbingkaikan cerita indah
Rupanya terisi penuh inti derita

Tinggi mana mampu mendongak
Tetapkan sujud paling ku mahu
Allah, tetaplah nombor satu dicarta hati
Agar bahagia bebas meneroka
Menjelajah indah menyebar rasa cinta di jiwa yang kian gersang

Percaya kata janji-Nya
Kelammya hari semalam
Pasti esok muncul khabar cinta
Dulu mungkin perit dilakar luka
Kini berseri diwarna bianglala

Puisi CabukWhere stories live. Discover now