Mengapa masih tetap kamu(?)

77 6 0
                                    

Dalam pejamku,
Perlahan-lahan gelap itu membentuk mimpi tentangmu

Disebalik diam nafasku,
Aliran-aliran nafas itu laju membina abjad namamu

Bolak balik bola mataku,
Biasan bayanganmu mula melintas disekelilingku

Setiap kali lidahku mula menyusun barisan ayat,
Namamu sentiasa berjaya bertempat di tiap-tiap mukadimahnya

Tiap-tiap kali,
Fikiranku mahu berasa tenang
Mengapa sentiasa dengan cara memikirkanmu adalah cara yang paling berhasil (?)

Aku cuba membina langkah setelah kehancuran hati yang kau persembahkan,
Tapi mengapa masih kepadamu langkah ku tertuju (?)

Disetiap kali pegangan penaku,
Ingin ku ukir puisi puisi indah
Ya, puisi indah
Tidak kira apa asal bukan tentang kamu
Tetapi mengapa perihal dirimu meluncur laju keluar dari mata pena ini (?)

Mengapa masih tetap kamu(?)
2016, 3 Oktober// Lepasan hujan

Puisi CabukWhere stories live. Discover now