Sehelai Kain

388 17 0
                                    

Bertiup lembut,
sehelai kain dibelai bayu senja,
sehelai kain yang punya maruah,
maruah anak bangsa negara,
berkibar megah teguh merdekanya.

Perit darah si perkasa mengalir,
hanya untuk sehelai kain berkibar,
berkibar utuh di tanah sendiri,
bukan kain asing lagi.

Darah terus tumpah meluas,
demi maruah yang harus dibela,
biar robek semua,
asal sehelai kain akan terus diatas.

Hari ini,
berkibar teguh sendiri sehelai kain,
kalau dulu punya derita,
sekarang sehelai kain bagai tiada makna,
seakan tiada sejarah hebat disebaliknya.

Kibarannya tidak mampu menggetarkan jiwa-jiwa merdeka anak muda lagi.
Mengapa(?)
Berdiri tegak memandang sepi sehelai kain,
yang sedia berkibar.

Pasakkan diri dengan nilai patriotisme,
agar korban perwira dulu tidak sia semata,
Wahai anak-anak merdeka,
suburkan setia kepada satu negara.
Yang indah bernama "Malaysia".

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan itu dulu menggegar bumi bertuah,
tanda bebas dari penjajah,
sehelai kain beridentitikan sebuah negara,
turut sedia naik untuk disapa bayu kebebasan.

Puisi ini tercipta buat dia;
Sehelai kain yang bernama Jalur Gemilang.

Salam Merdeka buat anak-anak Malaysia.

#31ogos #1957 #16sept #HariMalaysia #Merdeka #Malaysia #TanahMelayu #Malaya
#AnakMalaysia

Puisi CabukWhere stories live. Discover now