blackout

310 32 6
                                    

Termasuk hari ni, sudah seminggu lebih mereka menjaga rania hum... tak lama lagi parents naufal dan kakaknya akan balik dari bdrcuti, mereka ada beberapa hari lagi untuk menjaga rania.

Selepas solat maghrib, naufal pergi memasak makanan untuk dijamah sebagai makan malam, haikal pula pergi meninjau kawasan diluar rumah, bukan apa ditaman perumahan mereka kecoh tentang rumah di pecah masuk, jadi haikal la yang disuruh meninjau kerana haikal memang terrer bab bab keselamatan, mungkin kerana dia pengerusi kelab taekwando.

Izhar , adam dan ikhram pula menemani nia di ruang tamu.

"Ahahahahhah" suara tawa nia bergema di dalam rumah itu.

Adam , izhar, ikhram terdiam melihat nia, masing-masing berkerut kening, asal budak ni ketawa, pelik mereka di buat nya, kartun tu bukan lawak sangat pun, tak pa la.. diaorang mana paham jiwa org muda ahahah.

Makanan sudah pun siap di hidang, mereka mengambil tempat di meja makan. Nia duduk di sebelah naufal.

"Nia tak suka sayur" ucap nia apabila melihat naufal menyenduk, sawi tumis ke piringnya.

"Nia, sayur ni ada vitamin..."mulala izhar membebel, pasal sainsnya tu, izhar ni, dia paling pandai dalam kalangan tingkatan 5, jangan harap boleh ranking number 1 kalau ada izhar.

Nia terdiam,agaknya otak nya juga ligat berfikir apa kejadahnya yang abangnya bebelkan tu.

"Izhar" ucp haikal.

Lantas bebelan izhar terhenti.

"Bukannya budak tu faham" tmbah haikal lagi.

Nia ni budak baik, jadi walau  sepatah haram pun dia tidak paham apa yang dibebelkan oleh izhar dia tetap makan sayur tu.

"Jadi sayur ni boleh buat nia besar la abang" tanya nia,

Padan muka izhar, kan dah mula dah sesi soal siasat dari c nia a.k.a polis pencen ni. Ahahhaha.

"Boleh membantu la" balas izhar sambil mengunyah.

Mereka yang lain khusyuk melahap. Ahaaaaha

*************************

"Amin.." sambut yang lain apabila naufal mengamin kan doa selaku imam solat isya' hari ni.

Dia menoleh kebelakang melihat makmumnya, nia, di paling belakang sekali, kerana dia pun berkeras hendak solat berjemaah, entah betul-betul ka dia solat tadi, tapi dia tak da pula buat bising, dia solat la kot hum harap harap la.

Nia mengheret telekung nya itu sambil mengangkat sedikit skirtnya, takut terpijak, lalu duduk di pangkuan naufal. Naufal hanya mengenakan baju t-shirt dengan kain sarung, dan kopiah, begitu juga dengan yang lain.

"Harini abang nak cerita pasal pengorbanan nabi" ucap ikhram, selaku orang yang bertugas untuk bercerita kali ini,  memang kebiasaan mereka untuk bercerita tentang srikandi islam setiap kali selepas solat isya', sejak kedatangan nia.

Nia mendengar dengan khusyuk.

"Rasulullah ni sayang sangat dekat kita, sayang yang bukan calang-calang, girlfren kita pun takkan sayang kita macam mana rasulullah sayang kita, so nak jadikan cerita, rasulullah nak terima wahyu ni bukan senang, tapi demi sampai kan islam kat kita Rasulullah sanggup, sebab apa, sebab rasulullah sayang kat kita, so one day rasulullah baringkan kepala baginda di peha sahabat, ngam-ngam, masa tu pula wahyu datang, sahabat berkata, peha nya terasa amat berat dan sakit , masatu sahabat tahu Rasulullah sedang menerima wahyu, bayang kan rasa yang sahabat tu rasa, sakit kan ,tapi yang Rasulullah rasa lagi sakit, tapi rasulullah sanggup, tapi apa yang dah jadi dengan al-quran sekarang ni, apa yang umat sekarang ni buat , al-quran tu dah macam hiasan, paling sedih yang berhabuk sebab dah lama tak buka, ya Allah , sedih nya Rasulullah, kesian.. pengorbanan Rasulullah dibiar sahaja, kita sepatutnya menghargai pengorbanan Rasulullah" ucap ikhram berperasaan, nia pula mendengar dengan khusyuk, begitu juga dengan yang lain.

5 Jejaka (Feat Baby Rania)Where stories live. Discover now