alahai.. nia

324 33 6
                                    

Didapur sudah bersepah barang masakan, dengan tepung yg sudah melapisi lantai dapur itu.

"Dam!" Tegas naufal menegur adam, naufal dan yg lain hanya berdiri di pintu kerana tidak mahu menjejakkn kaki ke tempat yg bukan lagi dapur itu.

AdAm yang sibuk memblend telur itu terhenti.

"Apa?" Balasnya poyo, dengan apron pink di badan nya memperlihatkan lagi wataknya kelelakian tapi gentle, padan la budak² perempuan kat sekolah tu tehegeh hegeh.

"Apa kau tanya! Apa yang sudah berlaku ni?! Ish.. macam tembelang pecah dah aku tengok dapur ni!" Bebel izhar yang sudah memulakan langkah untuk masuk ke dalam dapur.

Ikhram terus menggendong rania, yang tadinya sibuk bermandikan tepung di lantai.

"Korang ni, lek lu boleh tak? Semua under control" tambah adam, masih mengekalkan ciri-ciri macho nya.

Semua terhenti.. melihat keadaan sekeliling, "keadaan macam begini kau cakap 'under control'" kali ini haikal pula bersuara.

Adam tersengih.

"Hih.. cepat la habis kan, kau dah bake ke?" Ikhram mengutarakan kata, sementara rania yang sedang digendongnya itu sibuk menyapu tepung yang masih bersisa ditangan nya ke muka ikhram, dah macam hantu cina pun ada.

"Sudah.. tu dalam mikro, aku tgh buat aising ni" balas adam,

"Nia nak warna apa?" Tanya adam.

"Nak warna hitam" katanya smbil ketawa dengan muka comelnya tu

Mereka terdiam 'mana nak dapat pewarna warna hitam, itu perisa apa' bisik hati masing-masing.

"Nia warna purple pun comel" pujuk naufal kalau tidak herm.. naya diorang pergi mencari pewarna hitam.

"Oh ok" balas niA ringkas

Semua melepas kan nafas lega.

Putih telur yg sudah kembang itu di campurkan dengan beberapa titis pewarna blackberry supaya berwarna ungu.

Lalu diisikan kedalam pelastik yng berbentuk kon. Ada beberapa lagi pelastik lain yg berisi aising berwarna biru dan hijau.

Kek itu dikeluarkan dari mikro lalu diletak diatas meja. Mulala sesi mendandan kek.

Nia pula... "hahahaah" ketawanya lagi memenuhi dapur itu. Kenapa tidak mereka sibuk, membuat topping pada kek, dia sibuk membuat topping pada muka abangnya.. hahaha.

Ikhram diam, dari tadi dia yang dikerjakan oleh nia, habis mukanya di sapu oleh aising yang tidak digunakan, sabarla... sebb kalau dihalang lain yang dibuatnya.

Mereka yang lain hanya ketawa melihat ikh dengan nia.

"Done!" Teriak adam.

"Alhamdulillah" sindir haikal.

"Ya itu la yg aku maksudkan" balas adam.

Mereka tergelak.

Kek itu disimpan didalam peti sejuk sementara mereka mengemas 'dapur' tu.

Semuanya sibuk. Haikal dengan ikhram cuci piring, naufal susun pinggan mangkuk, izhar mop lantai, lap- lap perabot yang kena tepung dan aising tu (ini la ciri-ciri lelaki idaman ya miahahaha) dan nia dia...

"Abang bila nak makan" omel nia, dari tadi dia duduk becangkung depan peti sejuk yg terbuka itu, dengan tudung dan baju nya yang sudah di penuhi tepung dan aising, tidak pasal-pasal timbul corak baru di bajunya.

"Nanti kita makan ya.. abang mop dulu.. k?" Pujuk izhar, lalu nia diangkat dan diletakkan di atas meja.

Di ruang tamu~~~~~

Selepas solat asar.

Mereka semua duduk dihadapan tv.

"Nia sedap tak?" Tanya haikal.

Nia mengangguk lalu tersengih, sibuk melahap kek itu.

Remote tv dicapai oleh adam lalu suara tv dikuatkan.

suara tawa mereka memenuhi ruang tamu itu, kerana menonton kartun hagemaru, sejak mereka selalu menonton kartun ni, mereka pun menjadi ketagih, ni semua nia punya pasal la, kalau dah nonton, remote tu dia ja yang berkuasa, memang tiada harapan la mahu tukar channel ahahaha

Telefon naufal berdering.

"Assalamualaikum" kedengaran suara perempuan dari corong telefon.

"Waalaikumsalam akak!" balas naufal.

"Hum tak payah nak teruja sangat la ahahaha" balas kakanya.

"Erm kenapa akak kol?" Tanya naufal.

"Nak tanya pasal nia la.. mana putri akak tu?"

" tu hah tengah nonton smbil makan kek"

" ouh.. eh akak lupa nak pesan, erm kalau mandi, pasti kan rambut nia cuci bebetul ya, ya la rambut nia kan panjang"

Naufal terdiam, tetiba dia teringat insiden yg berlaku haritu, yg menyebab kan rambut nia pendek hingga paras bahu, padahal dulu rambut nia paras pinggang, habis la dia, naufal menelan air liur

"Naufal! Akak bercakap ni!"

"Eh.. erm.. ya..  kak.. mesti la naufal cuxi bebetul.. akak jgn risaula"

"Oh.. bagus la kalau macam tu.. ok"

"Ok"

Talian diputuskan.

"Eh, korang tau tak mana kedai jamu? Kedai produk kecantikan ka??" Tanya naufal.

Mereka yang lain terdiam... dan..

"Buahahahahaaaa!" Pecah berderai ketawa mereka.

"Kenapa badan kau tak cukup langsing ka?!" Sindir ikhram sambil ketawa.

Bantal sofa itu lantas hinggap di kepala ikhram. Padan muka!

"Kenapa?" Tanya izhar

"Kakak aku.. erm... rambut nia.. dia.. ih! Erm.. kita mesti cari produk untuk panjangkan rambut nia balik! Kalau tak naya kita oleh kakak aku!"terang naufal.

Mereka terdiam , terlopong sebenarnya sebab mereka pun takut kan kakak nia.

"Eh aku tau kat mana kedai produk kecantikan, esok kita pergi" ucap adam megutarakan idea bernas.

Mereka terdiam memandang adam.

"Kau tau kat mana?" Tanya haikal dengan suara mendatar.Lalu disambut dengan gelak tawa yang lain.

"What! Lelaki pun jaga kecantikan apa! Sebab tu la muka aku.. mirip artis korea!.. yg dorang panggil... erm.. tah lupa aku.. bebelit lidah" terang adam.

Nia pula sibuk dengan kartunya

Writer words,
Sorry sebb lama x update, sebb saya sngka x ada yg berminat, rupanya ada jugak ahahaha, alhamdulillah, thanks utk yg vote and comment, sokongn anda amt membantu, hihi and jgn lupa solat! Hihi

                                            Sincerely by
                                             Han myun

5 Jejaka (Feat Baby Rania)Kde žijí příběhy. Začni objevovat