Part 1 : New Life ?

3.6K 188 9
                                    

- FANFIC INI TIADA KENA MENGENA DENGAN HIDUP BTS

- KALAU ADE AYAT YANG SAMA OR PLOT SAME MAYBE IT'S JUST A COINCIDENCE

- THIS STORY IS BASED ON MY OWN IDEAS

- IF I DAPAT TAHU KALAU ADE ORANG CURIK FANFIC NI WITHOUT MY NAME , TUHAN TAHU K. KORANG FIKIRLAH MACAM MANE NAK TANGGUNG DOSA NANTI.

- THIS IS MY FIRST FANFIC SO DON'T DO ANYTHING THAT I DON'T LIKE.

Seojun's POV

Seojun masuk ke dalam bilik ibunya untuk kali terakhir. Dia termenung seketika di ruang bilik tersebut. Terdapat almari yang besar tetapi kosong. Terdapat juga gambar yang tergantung di dinding bilik tersebut. Gambar Seojun bersama ibunya. Seojun pun mengambil gambar tersebut.

"Omma , Seojun rindu omma". Seojun terus jatuh terduduk tetapi dia hanya membiarkan air matanya mengalir.

"Kenapa omma pergi dulu daripada Seojun ? Seojun dah takde sesiapa dah sekarang". Seojun terus menangis. Tiba-tiba , dia ternampak sepucuk surat yang berada di belakang bingkai gambar tersebut.

"Surat ape ni ? Asal aku tak pernah nampak sebelum ni ?". Seojun pun terus membuka surat tersebut. Dia terus menangis setelah membaca surat tersebut.

[Seojun , bila kamu baca surat ini , mungkin omma sudah tiada di dalam hidup Seojun. Omma nak Seojun tahu yang omma sayangkan Seojun. Seojun-ah , jangan sentiasa bersedih. Omma tak suka. Kim Seojun , fighting ! Seojun-ah , kalau Seojun berasa keseorangan , omma ade seseorang yang boleh temankan Seojun. Okay , sekarang Seojun pilih appa atau Aunty Park. Ya , omma tahu , mesti Seojun terkejut yang appa masih hidup. Omma sudah bincang pasal ni dengan appa dan dia setuju untuk jaga Seojun. Sekarang Seojun pilih. Nah , omma dah kasi alamat kat bawah. Seojun-ah , stay healthy , okay ? Eat well , don't be too stressed.]

"Mwo ?! Appa atau Aunty Park ?!? No way ! Diorang dah la kejam ! Omma tahu kan dua-dua tak sayangkan Seojun !". Seojun terus keluar dari rumah tersebut tanpa mengambil surat yang diberinya oleh omma. Dia mengambil teksi lalu pergi ke Seoul. Seojun sudah fikirkan bahawa dia mahu tinggal bersendirian di sana.

----------

"Cik , sudah sampai" , kata pemandu teksi tersebut.

"Oh , kamsahamnida" , ucap Seojun lalu keluar dari teksi tersebut. Apabila dia melangkah keluar, dia dapat melihat sebuah bandar yang sangat sibuk.

"Yes , hidup baru", kata Seojun sambil tersenyum.

Aku kena cari rumah sewa ni. Kalau tak jumpa , mana aku nak tidur malam ni ?

Sebelum itu , Seojun pergi membeli makanan terlebih dahulu. Kemudian , operasi mencarinya sudah bermula. Seojun terus berjalan tanpa mengerti erti penat. Dia terus mencari dengan bersungguh-sungguh.

----------

Apabila matahari hampir tenggelam , Seojun berehat di tepi sungai yang berdekatan sambil mengunyah roti.

"Takpelah , hidup kenalah susah sikit kan ?" , kata Seojun tanpa merungut. Dia pun bangun lalu teruskan operasi mencarinya. Kini, malam telah menjelma. Seojun hanya berehat di atas bangku di tepi tasik. Seojun sudah mula mengeluh.

"Aish ! Patutnya aku search dulu sebelum datang sini ! Paboya !" , Seojun terus ketuk kepalanya.

"Alahai , comelnya" , suara yang tidak dikenali datang dari belakang. Seojun terus menoleh kebelakang dan ternampak sekumpulan lelaki bersama senjata di tangan.

"Jom main dengan oppa , nak ?" , tanya salah satu lelaki tersebut.

"Aish ko ni. Bunuh jelah dia" , kata salah seorang ahli sekumpulan lelaki itu. Seojun berasa takut. Dia terus berdiri dan menarik bagasinya dengan sekuat hati. Tiba-tiba , dia telah sampai ke jalan mati. Sekumpulan lelaki tersebut bertentangan mata dengan Seojun sekali lagi.

"Nak lari mana ?" , kata seorang lelaki. Lelaki-lelaki tersebut terus mendekati Seojun. Seojun berasa panik dan takut. Pandangannya menjadi kabur. Dia terus jatuh pengsan.

♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

So , macam mane ? Hoho. This is my very first fanfic so I need your comments untuk tahu best ke tak. Please vote for it. Please spread this if you think it's best , funny , scary , boring or whatever :3

My Seven Knights (BTS Malay Fanfic)Where stories live. Discover now