Part 8 : New Family

1.6K 120 2
                                    

Seojun's POV

"Appa ?", Seojun terkaku sebentar. Ayahnya yang tidak pernah dijumpainya sejak dia lahir berada di hadapannya sekarang.

#Flashback ~

"Omma, appa kat mana ?", tanya Seojun. 

"Appa dah tak tinggal dengan kita, Seojun-sshi. Dia dah pergi", kata ommanya. 

"Pergi ke mana ?". Ommanya hanya memberikan senyuman kepadanya. 

"Omma pun tak tahulah". Itulah jawapan yang sama jika ditanya tentang ayahnya.

#EndOfFlashback

"Seojun-sshi, did you miss me ?", Encik Kim cuba berinteraksi dengan anaknya yang lama tidak dijumpai. Encik Kim mengaku yang dia rindukan anaknya. 

"Pfttt", Seojun cuba tahan gelaknya. 

"Hahaha !! Appa saya dah mati lah ! Apa encik cuba buat ni ?", kata Seojun. Hati Encik Kim amat kecewa apabila anaknya berkata begitu. 

"Dahlah , saya pergi dulu", Seojun pun berlalu pergi meninggalkan ayahnya. 

Mianhae appa, Seojun tak bersedia untuk terima smua ni lagi. Lepas kehilangan omma, Seojun tak pernah terfikir pun tentang appa

Seojun pun balik ke rumahnya dengan menaiki teksi. Dia tidak mahu pulang ke sekolah. Dia hanya ingin berehat di dalam biliknya.

Jimin's POV

Sebaik sahaja Seojun meninggalkan Jimin di dalam sekolah itu. Jimin berasa amat marah. Mungkin kerana dia tidak suka ditinggalkan ? 

Takper kau, balik nanti aku bunuh kau !

Itulah perkara pertama yang akan dibuatnya jika dia tiba di rumah nanti. Jimin menuju ke kelasnya untuk sambung tidur. Tetapi, ada sesuatu yang bermain di dalam fikirannya sejak tadi lagi. 

Seojun tengok apa eh dalam bilik muzik tu ? Dua orang pelik tu buat apa dalam tu.

Dia ingin tahu perkara sebenar ! Dia bangun dan terus mencari Jungkook dan Yoongi. Tetapi, bila difikirkan balik, dia nak cakap apa ? Apa alasan yang akan diberi jika dia menanyakan sebab ? Jimin lupakan niatnya dan terus kembali ke kelasnya. Kelas pagi berlancar seperti biasa. V sering menanyakan tentang Seojun kepada Jimin.

"Seojun tak datang eh ?"
"Kenapa dia tak datang ?"
"Dia demam ke ?"

Jimin sudah penat menjawab soalan yang sama. Dia hanya menghiraukan V jika ada soalan yang sama keluar dari mulutnya. 

Lepas sahaja Seojun nampak diorang, ade orang call dia, kemudian dia terus keluar sekolah. Kenapa ?

Persoalan sebegitu muncul lagi di dalam kepalanya. Apabila sesi persekolahan telah tamat, Jimin terus keluar pagar sekolah. Di dalam keretanya, J-Hope dan V asyik mengajaknya untuk bersiar-siar tetapi ditolaknya.

----------

Apabila Jimin sampai di rumah, dia ternampak seseorang dengan sebuah motor seperti menunggu seseorang. Badannya tegap serta tinggi. Jimin mendekati orang itu. Oh itu adalah seniornya. Kim Seokjin. 

"Sunbae !", jerit Jimin. Seokjin berasa amat terkejut.

"Jimin ? Kenapa awak ada kat sini ?", tanya Seokjin. 

"Inilah rumah saya. Seokjin sunbae-nim buat apa kat sini ?", tanya Jimin. Seokjin memandang rumah tersebut kemudian dia terus membunyikan enjin motornya. 

"Saya salah rumah kot. Panggil saya Jin sahaja, okay ?". Jin terus meninggalkan Jimin di rumah itu. 

Okay, tu pelik

Jimin terus pergi ke bilik Seojun. 

Matilah kau !

Jimin membuka pintunya yang tidak berkunci. 

"SEOJUN !". Tiada siapa yang jawab. Bilik itu kosong seperti tiada siapa yang pernah mendudukinya dahulu. Jimin berasa amat risau. 

Haik, takkan tak balik lagi

Jimin segera menelefon Seojun tetapi tiada jawapan. Dia pergi ke apartment sewanya itu. Pengerusi apartment itu berkata bahawa Seojun sudah lama tidak tinggal di situ. 

Rumah lama dia ? Tapi di mana ?

Dia kembali ke rumahnya kemudian dia pergi ke bilik appanya. 

"Appa ! Mana Seojun ?", tanya Jimin. 

"Oh, kamu sudah balik", kata appanya. 

"Jimin-sshi, dengar baik-baik. Seojun sudah bercadang untuk tinggal dengan kita lagi. Dia sudah pindah ke tempat yang lebih baik", kata appanya. Hati Jimin bagai hancur. Dia berasa sangat sedih. Jimin sudah menganggap Seojun sebagai adiknya.

"Appa tahu dia berada di mana sekarang ?", tanya Jimin. 

"Maaf, itu adalah hal peribadinya", kata ayahnya. Jimin kembali ke dalam biliknya. Apabila Jimin menelefon Seojun, masih tiada jawapan darinya. 

Seojun, kau pergi mana ?

Seojun's POV

Akhirnya, dengan bagasinya yang besar itu, Seojun telah sampai di hadapan rumah Encik Kim. Rumahnya sama besar dengan rumah Jimin. Seojun dijemput masuk oleh maid rumah tersebut.

"Seojun-sshi dah sampai ?", tanya Encik Kim. 

"Appa, Seojun akan tinggal di sini untuk selamanya kalau Seojun selesa tinggal kat sini", 

"Tidak mengapa, appa faham". Apabila Seojun ingin naik ke atas. Dia mengangkat begnya yang berat itu. Malangnya, badannya tidak dapat terkawal. Dia ingin jatuh !

Tetapi, seseorang menyambutnya. Dia memberikan senyuman serta lesung pipitnya. Kim Namjoon.

To be continued ~

----------

Jangan lupa untuk vote, comment serta follow me okay ? Stay with me until the end of the story ! Bye ~

My Seven Knights (BTS Malay Fanfic)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن