BATAS RASA INI

103 2 0
                                    

Aku akui
Begitu lewat untuk sedar
Kewujudan kamu di mataku
Kehadiran kamu di sudut hatiku.

Di awal waktu, mata ini melihat semua
Di akhir waktu, mata ini melihat kamu sahaja
Mungkinkah wajahmu ada iras sesiapa?

Bagaimana boleh jatuh hati padamu?
Wajarnya jangan begitu
Perlu patuh pada sempadan.

Ingin berterus-terang kalau kamu sebaya
Tetapi aku tidak berbuat apa-apa
Kerana sempadan etika antara kita
Beza umur yang agak jauh
Dengan waktu yang terhad
Hanya dapat menatap wajahmu tiga kali setiap minggu.

Tidak berharap orang lain mendapat tahu
Tentang rahsia isi hatiku
Kadang takut semuanya pecah
Akibat suka terpancar di wajah.

Rasa suka tidak terperi menjadi kekuatan
Balas bicara kamu sangat penting bagi diriku
Cukup baguskah aku terhadap dirimu?

Harap aku tidak membosankan
Senyum tawamu satu petanda baik
Jika kamu tidak terlena mendengar bicara
Hati ini akan mekar berbunga.

Cabaran datang tabahkan hati
Kuat selepas menyukai kamu
Hargai masa bersama kamu
Mungkin semuanya lorong Tuhan
Untuk hidup seindah seri wajahmu.

TEPUK SEBELAH TANGANWhere stories live. Discover now