SEMAKIN CANTIK

256 5 2
                                    

Kau semakin cantik menginjak usia remaja
Bertuahnya aku kenali dirimu
Sayang sekali belum ada rezeki buat diriku
Untuk bersua muka dan berada di sampingmu.

Laman maya bisa menipu
Kiriman gambar bisa berbohong
Namun kebenaran menguasai sangsi
Benar, kau semakin cantik.

Masih segar dalam ingatan
Kau tulus menghulur salam perkenalan terlebih dahulu
Ketika aku diulit malu memperlihatkan rupa asliku.

Kau kata rupa akan dimamah usia
Kau kata megah usia muda akan hilang jua
Kau buat aku terharu
Dan akhirnya kita berkawan.

Kau jauh lebih muda
Seusia adik perempuanku
Aneh, seluruh taulan memandang serong
Kerana aku menaruh hati padamu
Yang ketika itu masih di bangku sekolah menengah.

Tidaklah pula dipandang serong
Tika Siti bersama K
Sehati sejiwa sehidup semati
Walau umur berbeza dua puluh tahun.

Tidakkah mereka tahu?
Aku melihat masa hadapan
Yang semakin nyata di mata
Bahawa kau semakin cantik
Tika menginjak usia remaja
Terserlah matang seorang wanita.

TEPUK SEBELAH TANGANWhere stories live. Discover now