DHEA ANISSA

146 3 0
                                    

Wajahmu mengingatkanku
Kepada seseorang yang dikenali
Tetapi belum pernah bersua muka
Sekadar berbual di alam maya.

Aku bukan kekasih hatinya
Tetapi berjanji untuk bersua
Dalam hati menaruh rasa padanya
Tetapi terhenti sebelum sampai masanya.

Setiap kali kamu muncul
Aku suka
Aku bahagia
Seolah-olah aku melihat dirinya dalam dirimu.

Kamu dan dia jauh di mata
Jauhnya dia berela-ela
Jauhnya kamu berbatu-batu
Setiap kali kamu muncul
Dekatnya kamu di depan mata
Dekatnya dia di dalam hati.

Kadang aku geleng kepala
Mengenang perangai gila
Benar samakah kamu berdua?

Mungkin panjang rambut yang sama
Mungkin senyum tawa yang sama
Mungkin usia remaja yang sama
Lenggok bahasa sedikit berbeza
Bunyinya ada tetapi lain caranya.

Kadang tersenyum sendiri
Sekadar memandang kamu
Ingatkan aku pada dirinya.

Sampai bila mahu begini?
Tertawan hati dek raut serupa
Teringat kembali memori lama
Walau ada waktu terlupa.

Ah, baik aku mencari redha!
Biar nyanyuk berteman masa
Menghadam sisa hati yang lara
Merenyuk baki imbasan hampa
Menabur benih rasa bahagia
Terima hikmah dengan tangan terbuka.

TEPUK SEBELAH TANGANWhere stories live. Discover now