MAAFKAN AKU

295 8 0
                                    

Maafkan aku
Tidak berdaya melindungi kamu
Daripada ancaman kumbang berbisa.

Maafkan aku
Tidak berada di sisi kamu
Saat kamu perlukan sokongan.

Maafkan aku
Tidak cuba memahami kamu
Yang kadang terkenang dia ketika bersamaku.

Maafkan aku
Tidak memberi peluang kepada kamu
Untuk fahami dugaan yang menimpa diriku.

Maafkan aku
Tidak menjadi rakan terbaik
Untuk kamu pendengar setia keluhanku.

Maafkan aku
Tidak berhenti mengenang kamu
Yang kini berbahagia bersama orang baru.

Maafkan aku
Tidak lagi menyapa kamu
Kerana aku cukup malu dengan diriku.

TEPUK SEBELAH TANGANWhere stories live. Discover now