KAU BERCERITA

210 8 0
                                    

Pernah sekali kau bercerita
Kau bilang kau sudah berpunya
Aku gembira seorang abang.

Sekali lagi kau bercerita
Kau bilang kau sudah putus
Aku sedih seorang kawan.

Semakin lama kau bercerita
Aku mula sedar akan sesuatu
Ternyata kau gadis penuh tarikan.

Kau cukup mempesona
Kau menarik hati jejaka
Termasuk aku.

Sepadankah aku dengan dirimu?
Aku hanya lelaki biasa
Yang benci persaingan
Tapi memendam rasa dalam diam
Kerana aku jauh dari sisimu.

Kadang aku benci teknologi
Kerana setiap kali kau bercerita melaluinya
Aku khayal terbuai dek angan-angan
Dalam mimpi dan harapan palsu
Menjauhkan aku daripada hakikat
Dengan cemburu tidak bertempat
Pada setiap lelaki yang berpeluang mendekatimu.

Aku hanya mampu bersabar
Dan sentiasa berharap
Supaya suatu hari nanti
Aku dapat duduk di sebelah
Dengan penuh rasa syukur
Mendengar kau bercerita.

TEPUK SEBELAH TANGANOù les histoires vivent. Découvrez maintenant