Bab 5

3.9K 27 1
                                    


Dompet kulit yang terbaring lena di dalam laci ku ambil. Sejak sampai ke kampung, tidak pernah sekali pun aku menyentuh dompetku apatah lagi untuk meratah nilai mata wang yang menjadi isi dalamnya.

Hari ini aku menawarkan diri untuk meneman mak ke pasar. Abah seperti biasa pagi-pagi sudah ke kebun.

"Kau buat apa lama sangat kat bilik tu Rif?"

Suara nyaringan mak padu menerjah ke gegendang telinga. Aduh, mengalahkan suara komando askar!

"Ya mak. Arif datang la ni."

Kaki mengatur langkah keluar dari bilik. Kunci kereta di sebelah televisyen ku capai. Mari kita ke pasar!

Memandangkan jalan kampung yang bersimpang-siur, aku memandu BMW 3 series hitamku dengan penuh berhemah. 40 kilometer sejam sahaja! Berhemah kan?

Semasa aku keluar dari simpang hujung kampung, anak mataku sempat menjeling ke arah kedai makan tom yam siam yang mak, abah, Zara serta Fauzi katakan tempoh hari.

Betul kata mereka. Kedai makan itu terlalu padat! Penuh! Sampaikan tiada satu pun meja makan yang kosong. Bukan main hebat lagi penangan bomoh siam ni.

Sepanjang perjalanan ke pasar, aku tidak fokus dengan apa yang mak sembangkan. Aku menjadi curious. Aku mahu tahu mengapa ustaz pun mampu ditewaskan oleh sang bomoh siam. Tidak cukup kuatkah ilmu islam untuk menentang ilmu syaitan? Mustahil! Islam adalah yang terbaik.

Mak masih membebel seorang diri. Aku macam nak tak nak aje melayannya. Terlalu banyak sangat persoalan yang berlegar-legar di minda mengenai kedai tom yam siam di hujung kampung itu. Aku akan cuba cungkil rahsia sebenar!

* * * * *

"Ikan segar! Ikan segar! Ikan segar!"

"Meh akak, meh abang, meh singgah tengok sotong, udang, kerang. Semua fresh! Semua kualiti!"

"Ayam kak! Ayam bang! Mari pilih!"

"Daging lembu! Daging kambing! Daging kerbau! Semua ada!"

Amboi ai! Ini pasar pagi ke pasar malam? Jual ikan, sotong, ayam, daging apa semua tu, nak kena bingit jugak ke? Pandailah adik, abang, akak, makcik, pakcik ni nak pilih nanti. Kitorang boleh pilih sendiri mana yang fresh mana yang tak. Jadi, senyap sikit boleh kan?

Aishhh, aku ni nak merungut tak tentu pasal ni dah kenapa! Tu kan cara diorang cari rezeki. Cara diorang promote barangan jualan diorang. Cara nak tarik perhatian pelanggan. Biar aje la! Sudah, tak payah sibuk nak kacau.

Dari tadi mak tekun membelek tubuh haiwan-haiwan laut yang diselubungi dengan ais-ais hancur di atas permukaan meja besi itu. Dari ke ikan, ketam, udang, sampailah ke sotong. Tidak satu pun yang menjadi pilihan hati mak lagi. Apalah juadah makanan tengahari harini agaknya.

"Mak nak masak apa harini?"

"Sotong goreng tepung. Itu feveret Ajim tu."

"Mak belek ikan, ketam, udang tu tadi semua, taknak masak yang tu ke?"

"Lain kalilah. Mak takde bajet nak beli semua tu. Seafood kan mahal sekarang."

"Amik aje ketam dengan udang tu mak. Buat lauk esok dengan lusa."

Mak memandang aku dengan dahi berkerut.

KETAGIHWhere stories live. Discover now