Kok! Kok! Kok! Kok!
Bunyi kokokan ayam jantan dari reban belakang rumah menyedarkan aku daripada lena malam.
6:45 pagi.
Adush! Lewat dah kalau nak subuh ni tapi masih sempat. Orang cakap solat subuh lambat ni kita panggil subuh gajah. Aku masih tak tahu kenapa gajah. Kenapa tak kura-kura?
Subuh kura-kura.
Hahaha. Mungkin kerana bunyinya yang agak janggal menyebabkan ia di-reject dari awal. Subuh gajah juga yang sedap bunyi sebutannya.
Usai subuh, aku membaringkan diri semula ke atas katil. Niat untuk tidur semula kerana malam semalam aku tak boleh tidur dengan nyenyak.
Minda asyik memikirkan tentang kejadian semalam. Takkan lah hantu pandai bermain dengan teknologi? Hmmm mungkin. Mungkin juga mereka adalah spesis hantu moden.
Aku bangkit dari katil dan mencapai henfon di meja make up.
Aku tidak boleh menghubungi semula nombor semalam kerana ianya adalah private number. Nombor rahsia yang tidak dibenarkan tertera pada skrin telefon.
"Opah! Atok!"
Suara tu macam... Ajim! Eh awalnya Ajim datang harini.
Aku keluar dari bilik dan menghampiri Ajim. Badannya ku dukung. Comelnya dia harini!
"Hensemnya anak buah acik Ep harini. Ajim nak pergi mana lawa-lawa ni?"
"Nak beli menan! Menan beshaaaa angat!" Dia menunjukkan aksi 'besar' itu dengan tangan.
"Nak pergi dengan sapa ni?"
"Atok." Dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang tidak lengkap. Gigi hadapannya ada yang rongak.
Rajin pulak atok si Ajim ni nak bawak cucunya pergi berjalan pagi-pagi macam ni.
Aku melangkah ke dapur. Ajim masih dalam dukunganku. Ah, berat juga budak ini!
"Abah janji dengan Ajim nak pergi beli mainan dia ya harini?"
Abah menghabiskan kunyahan nasi goreng masakan mak dalam mulutnya sebelum membalas pertanyaanku.
"Ha'ah tapi eh awalnya mama dia hantar dia datang sini. Zara mana Rif?" tanya Abah.
Oh ya! Aku juga baru perasaan. Zara takde tadi. Takkan Ajim datang sini sorang-sorang.
Aku menurunkan Ajim dari dukunganku lalu aku tatap matanya.
"Mama mana Jim?" tanyaku lembut.
Ajim mengangkat kedua-dua belah bahunya sambil membesarkan mata. Ingat comel la tu. Takkanlah dia tak tahu mamanya pergi mana.
"Huh? Abis Ajim datang dengan siapa ni?" Mak yang khusyuk membancuh air kopi panas, tiba-tiba mencelah.
"Mama." Ajim berlari ke arah atoknya. Paha abah dipeluknya erat.
"Kau gi tengok Zara ada kat luar tak Rif. Tiba-tiba pulak dia boleh hilang," arah abah sambil mengangkat Ajim duduk ke atas pangkuannya.
Aku patuh dengan arahan abah lalu meninggalkan dapur dan mula mencari Zara.
Ruang tamu. Tiada.
Bilik tidur lamanya. Tiada.
Halaman rumah. Tiada.
Belakang rumah. Tiada.
Ampaian. Tiada.
Sekitar reban ayam. Tiada.Mana Zara pergi?
Aku memasuki rumah mengikut pintu dapur. Dengan pantas aku berlari menuju ke bilik. Abah dan mak seakan-akan terpinga-pinga.
Telefon bimbit dicapai. Pantas ku scroll skrin telefon di bahagian 'kenalan' bagi mencari nama Zara.
YOU ARE READING
KETAGIH
Mystery / ThrillerAku baru tinggal di kampung selama sebulan tapi macam-macam cerita pasal orang kampung aku dengar. Ketagih! Disebabkan hobi aku yang suka menyiasat, aku bongkar satu persatu kenapa dan mengapa mereka semua ketagih. Ikuti rahsia disebalik insan-insan...