Bab 7

3.9K 22 5
                                    

"Dah sebulan kes pakaian dalam wanita hilang jadi kat kampung kita ni Rif. Mak tak sangka pulak yang adik kau ni pun dah jadi salah sorang mangsa hilang coli spender ni," kata Mak.

"Tak report polis ke mak? Mana boleh diamkan diri aje. Makin kita diam, makin banyak lagi barang pompuan yang hilang. Mana boleh macamtu!"

"Dah report dah Rif. Polis pun masih tak dapat sebarang kesan daripada si pelaku. Diorang tak tinggalkan jejak atau sebarang bukti. Rukun tetangga kampung pun dah buat macam-macam untuk elak kes ni jadi lagi. Tiap-tiap malam diorang meronda. Tapi si pencuri tu mencuri bukan kira waktu. Siang pun dia boleh curi," keluh Mak.

Aku termenung seketika.

Motif si pelaku curi spender dengan bra perempuan?

"Mak dah report polis pasal spender dengan bra adik yang hilang tadi?" tanyaku.

"Tak nak! Adik tak nak report! Adik malu!" Zara tiba-tiba bersuara.

"Bukan kau yang sepatutnya malu. Pencuri tu yang sepatutnya malu. Dah jom ikut aku pergi balai. Kita buat report," aku memberi arahan.

"Tak nak! Mak, adik tak nak!" Zara memeluk mak. Airmata kembali berjuraian.

"Ikut aje cakap abang kau tu." Mujur mak menyokongku. Nak tak nak dia kena ikut aku buat report jugak.

* * * * *

"Kau pergi buat report. Abang tunggu sini." Aku duduk di kerusi menunggu di sebelah pintu balai.

"Temanlah adik bang. Abang jadilah wakil adik, reportkanlah. Adik malu." Zara menarik-narik lenganku. Dengan suaranya yang manja. Aku kalah. Aku akur dan bangun semula.

Kami menghampiri kaunter 1. Polis yang berseragam uniform polis itu sedia mengambil laporan.

"Saya nak report. Baju dalam adik saya hilang," aku mula bersuara.

"Maaf. Boleh saya tahu, encik ni dari Kampung Paya Mengkuang ke?" tanya encik polis sideburn panjang.

"Iya saya. Macam mana encik tahu? Kita pernah kenal ke?" tanyaku kembali.

"Eh bukan begitu. Kes kehilangan pakaian dalam ni, sekarang cuma tengah hot dekat kampung tu jek. Kampung lain takde."

Encik polis sideburn panjang menulis sesuatu pada buku biru tebal di sampingnya. Mungkin mencatit butiran maklumat yang aku sampaikan tadi.

Habis membuat laporan polis, kami menuju keluar pintu balai. Keinginan untuk pulang awal terbantut apabila adik terlanggar seorang lelaki beruniform polis yang lengkap dari atas sampai bawah.

"Ohhh, sorry sorry. Saya tak sengaja. Saya tak nampak tadi. Sorry," katanya.

"Sorry kau cakap! Lain kali jalan tu mata pandang depan! Bukan ngadap henfon!" aku menengking.

"Aku bukan langgar kau! Yang kau melenting lebih kenapa?"

"Sebab dia ni adik aku! Tanggungjawab aku!"

Mata-mata manusia di sekeliling, sudah tertumpu kepada kami. Kami menjadi tumpuan semua orang tika itu. Pegawai polis, orang yang datang nak buat report, bahkan makcik cleaner pun tak lepaskan pandangan mereka kepada kami. Tiba-tiba aku rasa popular sekejap. Haha.

"Kau yang over. Adik cantik manis ni tak kata apa-apa pun." Dia mengenyitkan mata kanannya kepada Zara.

"Kurang ajar! Polis macam kau ni memang biadab ke?" Aku mencekak kolar leher uniform polisnya erat.

"Rileklah bro. Kau emo tak tentu pasal ni kenapa?" Dia masih tenang menjawab sambil melahirkan senyuman sinis di bibir.

Penumbuk ku gumpal. Aku halakan pada pipi kanannya namun dia sempat mengelak. Aku cuba pula menumbuk pipi kirinya, namun dia bertindak lebih pantas. Tangan kananku dikepakkan ke belakang badan. Sakit! Aku mengerang kesakitan.

KETAGIHWhere stories live. Discover now