Bab 11

2.3K 36 16
                                    

"Betul Rul. Percayalah cakap aku. Aku rasa orang ni memang dah tau yang aku tengah intip dia. Makin susahlah kerja aku lepas ni."

"Kalau macam tu kau kena lebih hati-hati. Nanti aku akan suruh budak-budak aku guard kau dari jauh. Kau jangan risau. Keselamatan kau dalam tanggungjawab kami sekarang."

Aku jeda seketika. Risau.

Dia (atau mereka) bukan calang-calang orang. Orang yang jual dadah ni bahaya. Nyawa aku pun mungkin menjadi ancaman.

"No worries lah, Rif. Percayakan aku ok."

Aku tersenyum pahit. Lega bercampur risau. Tapi aku pegang kata-kata Mirul. Dia pangkat detektif. Dia tahu apa yang dia buat. Aku cuma kena yakin aje pada dia. Iya, yakin!

"Kau datang kerja ni naik apa?" tanyaku.

"Kereta. Kenapa?"

"Kau ada helmet tak?"

"Kau nak buat apa?"

"Ehehehe... Aku pecut datang sini tak pakai helmet," kataku sambil menggaru kepala yang tak gatal.

"Lah, kau naik motor ke? Manalah aku ada helmet, Rif. Aku naik kereta kot tadi."

"Member kau yang lain? Takkan diorang pun takde?" pujukku ibarat desperate sangat nakkan helmet.

"Kau tak payah nak menyusahkan orang lain pulak. Balik jelah tak pakai helmet. Jalan kampung aje kan. Takde road block punya. Macamlah tak biasa lepak pakai motor tak pakai helmet," sinis Mirul.

"Hahahaha. You know what Mirul, kau buat aku sedar yang tak semua polis ikut peraturan dan undang-undang." Aku kenyitkan mata kananku dan terus blah.

"Haram jadah mamat ni!"

Ouch! Pen yang Mirul baling itu tepat mengena kepalaku. Not bad balingan dia.

* * * * *

Baru sahaja kakiku melangkah masuk ke daun pintu rumah, abah pula menegurku.

"Hah Rif, mana kau pergi ni? Senja baru balik. Dah nak maghrib dah ni."

Errrr... Nak cakap apa kat abah ni? Matilah aku kalau jujur. Kang dia cakap bahayalah, kerja gilalah, itulah, inilah, so baik aku senyap. Ah! Tipu sunat takpe kot.

"Arif lepak dengan Mirul tadi. Minum-minum sikit. Sembang-sembang sikit."

Memang aku minum air mineral si Mirul tadi. Yang kitorang bincang tu dikira sebagai sembanglah kan? So, aku tak dikira tipu abah kan?

"Abis kenapa tinggalkan Ajim kat kedai Fauzi? Kenapa tak bawak dia sekali?"

Abah ni pun memang berminat nak jadi penyiasat jugak ke? Aihhh...

"Sembang hal laki-laki bah."

"Abis Ajim tu bukan lelaki?"

Aku menggaru kepala. Abah ni dah kenapa? Budak tu kecik lagi kot kalau nak join sembang hal-hal lelaki ni. Bukan dia paham pun.

Aku meluru masuk ke bilik sambil mempamerkan senyum ala-ala bodoh gitu.

"Arif, duduk kejap. Abah nak cakap sikit."

Ah, sudah! Aku ada buat salah ke doh?

* * * * *

Henfon di bawah bantal bergetar tak henti-henti. Dengan kepala otak aku sekali bergetar pening. Menyesal pulak aku letak mode vibrate. Letak silent terus pun takpe tadi. Ganggu orang nak tidur aje!

"Hah kau nak apa kacau aku tido memalam ni?" tanyaku sebaik sahaja panggilan di talian diangkat.

"Tolong aku, Rif."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 11, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KETAGIHWhere stories live. Discover now