Bab 18

975 31 0
                                    

Hati Durrah panas lagi. Baru saja dia hendak duduk, dah diajak bersembang maya. Padahal kerjanya banyak yang belum disudahkan. Semenjak diarahkan menjadi mentor SE, dia memang tak menang tangan. Manakan sempat nak jaga kumpulan sendiri, sediakan modul, dah diarah melatih SE baru pula. Ini betul-betul multitasking.

Zharif : Minggu ni I sangat bahagia.

Durrah : Helo, Encik Zharif....dah tak ada kerja sangat ke sampai suka salah gunakan LAN Chat ni?

Zharif : You tak mahu tahu kenapa I rasa sungguh bahagia semenjak beberapa hari ni?

Durrah : I tak cukup masa nak jaga hal peribadi you.

Zharif : Sombong!

Durrah : Apa-apa sajalah. Pergilah kacau setiausaha baru you tu. Tak payah ganggu I!

Zharif : I dapat bayangkan yang mata you sedang bertukar jadi hijau

Durrah : Bukan mata saja yang bertukar warna. Badan I pun dah nak hijau sebab you timbulkan kemarahan I.

Zharif : Cik Dorayaki, you cemburu ke?

Durrah : Cemburu apa pula ni?

Zharif : I suka you cemburu.

Durrah : (hantar ikon mengantuk)

Zharif : You berupaya bahagiakan hati I dengan sifat cemburu yang you tunjukkan pada Adele.

Durrah : Woi, lanun! Jangan merepek, boleh? Jangan sedap-sedap mulut aje nak cakap sembarangan!

Zharif: Bila masa I cakap? You tak pernah pun berikan I peluang untuk kita bersemuka dan berbincang.

Durrah : I ulang. Jangan sedap-sedap JARI aje nak TAIP sembarangan!

Durrah mengetuk dengan kuat mata kekunci. Dia dah tak peduli lagi pada sesiapa yang memandang. LAN Chat ditutup dan Durrah terus memberi tumpuan menyiapkan kerja-kerja di hadapan mata. Hatinya yang menggelegak marah cuba dipujuk.

"Wah! Seriusnya buat kerja."

Durrah berpaling. "Ginny?" Dia melaung sekuat-kuat hati dan terus bangun memeluk Ginny.

"Kenapa you berhenti?" Mata Durrah dah berair.

"I dah fed up. Hari-hari ada drama. Tapi I dengar drama dah kurang. Untunglah you."

"Ha'ah... yalah tu. Drama lama dah habis, mula pula drama baru. Eh... jom lunch."

"Baru pukul 11.30 ni. Mana boleh. Nanti bos you marah."

"You duduk sini kejap. I jumpa dia." Langkah Durrah pantas diatur menuju ke bilik Zharif.

Sudah menjadi kebiasaan, dia akan masuk ke bilik Zharif tanpa mengetuk pintu. Bukan kerana dia kurang ajar tapi itulah cara dia nak mengajar Zharif.

"Encik Zharif, I nak..." Kata-kata Durrah terhenti. Bulat matanya merenung ke arah Adele yang sedang bermain-main dengan tali leher Zharif sambil melentuk manja. Zharif pula sedang duduk bersandar pada kerusinya, seolah-olah tekun mendengar butir bicara manja Si Adele Sotong.

"Maaf mengganggu." Kulit wajah Durrah berubah merah.

"Durrah?" Zharif yang terkejut, terus terbangun. Akibat pergerakannya itu, Adele tertolak ke tepi meja.

"Er... I nak keluar lunch awal." Tanpa menunggu jawapan Zharif, Durrah terus keluar. Sempat lagi dia menutup pintu dan menguncinya dari dalam. Janganlah ada orang lain yang melihat perbuatan separa sumbang itu. Buat dosa mata saja.

Cinta Dorayaki [PUBLISHED]Where stories live. Discover now