Baru saja Durrah hendak membalas, telefonnya berdering. Lekas-lekas dia mencapai telefon pintar yang tak berapa nak pintar tu.

"Lanun? Siapa tu?" soal Timah dengan curiga. Sempat lagi dia mengintai skrin telefon Durrah.

"Siapa lagi kalau bukan buah hati pengarang jantung dia tu. Si Durrah ni kan suka bagi gelaran dekat orang lain." Jenab menjawab bagi pihak Durrah yang telah pun bangun menghampiri balkoni yang terbuka luas.

Selepas pintu balkoni ditutup, barulah dia bercakap di telefon.

"Ya?" tanya Durrah. Angin malam yang agak kuat mengerbangkan rambutnya yang panjang hingga ke pinggang macam kakak rambut panjang.

"Kenapa you tak tidur lagi? Dah lewat malam ni." Suara Zharif bergema di telinganya. Bunyi kenderaan lalu lalang jelas kedengaran. Bagaikan bersatu pula dengan bunyi yang ada di sekeliling Durrah ketika itu.

"You kat mana ni? Bising dengan bunyi kereta."

"I kat depan you ni. Cuba pandang ke bawah."

Dengan pantas Durrah memandang ke bawah. Dari tingkat lima, dengan jelas dia boleh melihat tangan Zharif melambai ke arahnya.

"Cantik rambut you!"

Durrah terus menjerit kerana terkejut. Kelam-kabut dia masuk ke dalam rumah. Dek kerana begitu cuai, dia terlupa pintu balkoni dah ditutup tadi. Terus tubuh Durrah berlaga kuat dengan pintu kaca.

"Aduh!" Durrah mengusap dahinya yang rasa bagai hendak pecah.

Jenab dan Timah yang melihat kejadian itu segera menerpa dan membukakan pintu.

"Kenapa dengan kau ni, Durrah? Ternampak sepupu kau lalu ke?" tegur Timah dengan wajah yang berkerut.

Durrah masih tak dapat bersuara kerana dahinya terasa pedih. Hanya tangannya saja yang menuding ke luar. Tergesa-gesa Timah dan Jenab menerjah ke luar.

"Ada apa kat sini? Tak ada apa-apa pun?" tanya Timah tak mengerti.

"Pandanglah bawah. Korang pun sama macam aku. Tak pakai tudung!"

Sebentar kemudian, Timah dan Jenab berlarian masuk ke dalam rumah.

"Eh... yalah. Handsome mamat tu," puji Timah. Masih kagum melihat Zharif sebentar tadi.

"Dia nampak korang ke?" Durrah masih mengusap dahinya yang dah mula memerah.

"Taklah. Dia tengah pandang arah lain. Eh... bukan ke kau tengah cakap dengan dia tadi?" Jenab memandang telefon di tangan Durrah.

"Alamak!" Barulah Durrah perasan yang taliannya masih bersambung. Dia terburu-buru masuk ke dalam bilik.

"He... helo?"

"You okey ke? I dengar you menjerit tadi."

"Okey... cuma... tak ada apa-apalah." Durrah duduk di atas katil sambil menekan butang pada alat kawalan jauh untuk menghidupkan televisyen di dalam biliknya.

"You terkejut sebab I dah nampak rambut you ke?"

"You buat apa kat sini?" Durrah memintas pantas. Dia rasa kesal atas kejadian tadi. Akibat kecuaian sendiri, auratnya dah dilihat oleh lelaki itu. Bukankah sepatutnya suaminya kelak yang menjadi orang pertama melihat dirinya?

"I nak ajak you pergi minum kejap. Perbualan kita pagi tadi belum habis."

Durrah bingkas bangun dan menghampiri cermin; membelek dahinya. Ada benjol kecil menghiasi dahinya. Alamak! "Dah lewat malam ni. Esoklah kita jumpa di pejabat." Dia memberikan alasan. Bukan kerana dahinya berbenjol tapi tak elok dia keluar berdua-duaan dengan lelaki itu. Kemungkinan maksiat harus dielakkan.

Cinta Dorayaki [PUBLISHED]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin