sweet part 49

313 11 6
                                    

Aku hirup hot chocolate tanpa melihat muka Joe yang hanya memandang aku.

Tak tahu apa yang ada kat muka aku sampai perlu tengok dari tadi. Tapi perlu ke aku peduli apa yang dia buat. Suka hati dia lah nak tengok apa pun.

Pan-seared scallops dan fried crab cakes yang di pesan sebagai starter masih tak di jamah.

Bukan setakat makanan yang di pesan untuk aku tak di makan, dia punya pun sama. Buat penat aje cakap yang aku tak nak makan. Tetaplah dia pesan juga. Tak faham bahasa ke apa?

Mata aku hanya memandang pada bunga ros putih yang di jadikan hiasan meja.

“Lia, makanlah sikit.” Suara dia masuk ke telinga tapi mataku masih di situ. Pada bunga putih tiga kuntum itu. Dulu Zarul selalu cakap, kalau kahwin nak sangat pakai bunga-bunga hydrangea, rose putih dan baby’s breath.

“Semua mesti bunga putih. Kita pula pakai baju oren, barulah nampak terang pengantin.” Dia cakap sambil ketawa.

“Apa ke gila nak pakai baju oren? Tak nak lah.” Aku marah.

“Tak apa, kalau tak nak oren. Pakai warna merah campur hijau pucuk pisang.” Dia ketawa lagi.

“Geram aje nak maki.” Aku jawab sambil ketawa.

Dalam tak sedar aku turut ketawa dengan mata masih pada bunga tu.

“Lia?” Suara Joe kembali kedengaran di telinga.

Aku berdengus bosan sambil capai cawan kedua untuk di minum.

“Are you okay?” Dia soal lagi. Mungkin pelik tengok aku yang tiba-tiba ketawa tadi.

“Ermm.” Tu aje yang keluar dari mulut aku. Muka aku kembali kepada keadaan asal. Tak ada perasaan!

“Lia, makanlah sikit.” Ayat yang sama di ulang Joe.

Aku tengok pinggan di depan. Starter tadi sudah bertukar menjadi main course. Aku tak tau mana dia campak scallop dan crab cake tadi. Tak nampak dia makan pun.

Mata aku tertumpu pada Black Angus Tenderloin yang telah di hiris nipis. Bukan main semangat lagi dia potongkan benda alah ni untuk aku. Macam lah aku tak ada tangan.

“Tak nak.” Aku jawab malas.

Dia senyum tiba-tiba dan mata masih pada aku.

Aku tengok dia dengan hujung mata dengan muka pelik. Apa yang seronok sangat sampai nak senyum-senyum segala?

“This is the craziest thing I’ve ever done in my life.” Dia bercakap sendiri, masih senyum dan pandang aku.

Aku alihkan pandangan kepada KLCC dan bangunan lain yang di limpahi cahaya lampu. Tak berminat nak dengar apa yang Joe cakap. Semua bangunan jelas dapat di lihat dari tingkat 38 ni.

Lepas sekian lama mata aku kembali pada Joe dan mata dia masih pada aku. Aku pandang pula pada makanan atas meja yang masih tak di sentuh. Nampak macam dia pun tak makan.

“Awak nak makan tak ni? Kalau tak nak, saya nak balik.” 

Dia lepas nafas berat dan angguk. “Okay, kita balik.”

sweet sourWhere stories live. Discover now