sweet part 33

172 12 0
                                    

Aku tengok dia yang berjalan ke arah aku lepas parking kereta sambil masukkan kunci kereta ke dalam poket seluar.

Adoi! Matilah aku hari ni. Macam mana nak makan dengan dia ni. Dah lah tak kenal, tak biasa. Harap-harap aku tak tercekik kejap lagi. Walaupun aku nak berterima kasih tapi sengsara juga lah bila fikir nak kena keluar makan dengan bakal abang ipar yang aku tau nama Faizul seketul aje ni.

Macam mana kalau aku tersalah apa-apa, dia bagitau mak dia jangan bagi adik dia kahwin dengan aku.

Walaupun aku dah biasa makan dengan mummy Zarul tapi manalah tahu Joe ni mampu ubah fikiran auntie. Tak kahwinlah aku dengan Zarul nanti. Waaa!

Aku dan Joe berjalan sampai food court tanpa sepatah kata. Aku terus tuju kat makcik yang letak nasi sebaik sampai.

“Err, nak nasi penuh ke separuh?” Aku pusing tanya Joe yang berdiri belakang aku.

Dia macam terkejut dengan soalan aku. “Ermm, se..paruh.” Dia jawab serba salah macam tak tau kenapa soalan tu perlu di tanya.

Tapi boleh pula dia nak makan nasi separuh, dengan aku sekali terpaksa makan separuh. Dah lah tengah lapar ni. Karang kalau aku minta nasi penuh, nampak macam kebulur sangat.

“Nak nasi separuh, dua.” Aku cakap lemah.

Makcik tu hulur sepinggan, aku sambut dan bagi pada Joe. Aku ambil sepinggan untuk aku.

“Boleh pilih lauk mana yang nak makan. Ambil banyak-banyak lauk pun tak apa, saya belanja.” Aku cakap kat dia. Dah kenapa aku bagitau aku belanja pun tak faham. Bukan ke dari tadi dia memang suruh aku belanja ke?

Dia senyum. “Lia suka makan apa?”

“Saya? Erm, saya suka yang tu..yang tu..sana..yang ni..ni..ni..tu..” Aku tunjuk semua lauk yang aku suka dengan gigih. Ada asam pedas, dendeng, ikan bakar, pucuk ubi masak lemak cili api, siput sedut masak lemak, sambal udang dan segala macam mak nenek lagi.

Dia hanya tengok muka aku sambil senyum dan akhirnya ketawa kecil.

Alamak! Aku rasa dia tau aku sejenis kuat mencekik. Tak tahulah kenapa aku jujur sangat jawab soalan bab-bab makan ni.

Aku senyum kekok. Tiba-tiba ada orang nak lalu ambil lauk kentang berlado yang ada depan Joe.

Gamaknya orang tu bengang aje tengok aku dan Joe berdiri terpacak depan ni tapi satu lauk pun tak ambil.

Dah lah orang ramai sebab lunch hour. Depan food court ni pula ada banyak kilang.

Aku pun tarik lengan Joe menghampiri aku dengan tak sengaja. Lengan dia berlaga dengan lengan aku. Dia tengok aku dan aku tengok dia. Aku pun terus langkah ke belakang sikit, jauhkan diri dari dia.

“Sorry..err..ada..orang nak lalu.” Aku cakap tergagap-gagap. Matilah kalau dia ingat aku suka tarik-tarik anak teruna orang.

Dia hanya senyum.

“Err, ambillah lauk.” Aku cakap kat dia.

Dia pun ambil lauk sambil tengok aku yang tengah senduk kuah ikan masak taucu. Dari gaya dia ni macam tak biasa aje sebab dia nampak macam confuse nak buat apa. Banyak kali dia tengok aku yang tengah gigih pilih lauk ni. Adoi! Aku dah lah tengah sibuk mix and match lauk aku. Dia pula asyik duk tilik-tilik pinggan aku.

Lepas dah siap ambil lauk, aku tengok dia berdiri je kat tepi tempat lauk.

“Err, kena cari meja.” Aku bagitau dia. Memang kena cari meja nak duduk Joe Jambul oii. Kalau tak, makan berdiri lah kita.

Aku jenguk kiri kanan cari tempat. Tapi kebanyakkan dah penuh, tiba-tiba aku nampak meja kosong kat belakang sekali lepas ada orang yang dah siap makan bangun dari meja. Aku pun cepat-cepat pergi ke meja bulat yang boleh muat empat orang tu.

Joe serba salah nak letak pinggan nasi dia atas meja yang bersepah dengan sisa makanan dan pinggan kotor orang sebelum tu.

“Kejap, saya panggil orang kemas meja.”

Dia angguk perlahan. Aku pun letak pinggan aku dan pergi cari orang yang kemas meja sebab aku panggil dia buat tak tau aje tadi. Tak lama lepastu dia datang kat meja dan angkat pinggan kotor. Dia turut lap meja dengan kain yang dah lap 50 meja yang lain.

“Nak minum apa?” Aku tanya Joe yang masih berdiri tengok orang tu lap meja lepas balik dari cuci tangan. Aku pula dah cuci tangan masa bangun cari orang lap meja.

“Lia nak minum apa?” Dia tanya aku balik.

“Saya nak teh ‘o’ ais.” Aku jawab.

“Same as you.” Dia senyum.

Aku pun panggil makcik tukang kira nak minta kirakan makanan dan order air. Lepas kira, makcik tu selitkan kertas sekeping di tepi pinggan Joe. Aku pun ambil kertas tu dan letak bawah pinggan aku dan duduk. Joe pun sama baru duduk.

Sebab tadi dia macam terpinga-pinga dengan apa yang jadi kat sini.
Aku susun dua pinggan depan aku. Sepinggan nasi, ada kuah taucu, kentang dan tauhu berlado, nangka masak lemak cili api dua ketul dan sambal berlado extra. Sepinggan lagi ada ikan pari bakar beserta air asam dan sambal kicap.

Aku dah cuba sedaya upaya nak makan kurang dari biasa tapi apakan daya aku lapar. Yang penting Zarul tau aku mencekik macam mana. Aku bukan nak kahwin dengan Joe ni pun sampai nak berlakon diet taraf Kpop Idol depan dia.

Aku tengok pinggan Joe yang duduk bertentangan dengan aku, ada kuah sup ayam, ayam masak kicap dan bergedil seketul. Ni je lauk dia makan? Punyalah berderet lauk kat sana tu. Bosan betul lauk yang dia pilih.

Aku tengok dia, dia tengok aku. Awkward betul makan tengahari aku hari ni.

“Makanlah.” Aku cakap kat dia. Dia senyum dan mula nak makan.

Tiba-tiba telefon yang aku letak atas meja berbunyi. Aku tengok nama Zarul di skrin dan aku nampak Joe turut tengok skrin aku.

Biasanya memang Zarul akan telefon masa tengahari macam ni. Tanya benda sama aje tiap hari pun. Makan apa? Makan kat mana?

“Makan apa? Zarul terus tanya lepas aku jawab call.

“Kat food court.” Aku jawab sambil mata pada Joe yang tangan dah kotor pegang nasi tapi dia tak suap ke mulut. Aku rasa sebab aku tak makan lagi dan dari tadi dia macam tunggu aku.

“Makan apa?” Aku tanya Zarul balik.

“Orang kat Pullman ni. Kan orang ada training.”

“Ooh, hari ni ke?” Aku tak ingat pun bila tarikh training dia walaupun dia dah bagitau sebelum ni.

“Ye lah.” Dia jawab tak puas hati aku tak ingat.

Mata aku masih pada Joe dan lengan baju dia yang nak kena ayam kicap. Dari tadi aku berdebar-debar je tengok baju putih berkilat tu duk lalu lalang tepi ayam bersalut kicap dalam pinggan dia. Jenuh lah nak sental baju tu kalau kena.

“Orang lunch dengan someone ni. Nanti lah orang bagitau.” Aku tak ada niat nak bagitau Zarul sekarang yang aku tengah makan dengan Joe. Takut Zarul marah, tak kenyang aku makan kejap lagi.

“Okaylah, ada orang panggil. Malam nanti orang call.” Sayup-sayup aje aku dengar Zarul cakap sebab aku bangun dan pegang pergelangan tangan kanan Joe. Sikit lagi nak cicah kicap masa dia nak letak gelas air tepi pinggan selepas letak segelas tepi pinggan aku. Dah lah baju mahal.

Sampai terpelanting telefon aku yang masih di telinga tadi.
Aku tengok tangan aku pegang erat tangan dia dan tengok muka dia yang nampak terkejut. Bukan dia aje terkejut, aku lagi lah terkejut. Aku pun lepas tangan dia serta merta.

“Err..sorry-sorry..baju..err..tadi..baju nak kena..kicap.” Tergagap-gagap aku terangkan sambil duduk semula dengan muka dah bertukar merah.

Aku tunduk sambil maki diri sendiri dalam hati. Apa kau buat ni Lia? Apahal kau pegang-pegang abang Zarul? Matilah! Matilah aku hari ni!
Joe bangun dan ambil telefon aku yang terjatuh tadi. Dia letak tepi pinggan aku.

“Sorry.” Aku cakap lagi dengan muka nak menangis. Aku tak tahu kenapa aku tak biarkan aje baju dia kena kicap. Aku bukannya bini dia nak tolong fikir macam mana nak sental baju tu nanti. Bodohlah aku ni.

Dia ketawa kecil. “It’s okay.”

“Saya tak ada niat pun nak buat macam tu.” Muka aku masih nak menangis.

Dia masih ketawa dan mata pada aku. Aku pun tengok dia dengan muka serba salah.

“It’s okay Lia.” Dia ulang lagi.
Dan inilah makan tengahari paling sengsara pernah aku hadap seumur hidup aku. Aku cuma harap Joe hilang ingatan yang aku pernah pegang dia dua kali hari ni.

sweet sourOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz