sweet part 48

121 9 0
                                    


"Kita makan dulu, tak makan lagi kan?” Joe cakap lepas masukkan semula telefon dalam poket. Dia juga turut bukakan pintu kereta BMW 7 Series hitam untuk aku.

"Tak nak, nak balik." Tu aje yang aku cakap sambil jalan nak keluar pagar balai polis. Tapi sempat dia pegang lengan aku.

"Kita makan lah dulu." Dia cuba pujuk.

"Tak nak.” Aku jawab benda yang sama.

“Lia, please.” Dia pujuk lagi. Aku tengok dia sambil mengeluh. Apahal dia ni susah sangat nak faham apa aku cakap?

“Saya cakap saya tak nak. Ayat mana yang awak tak faham?” Aku ulang lagi.

“Just 30 minutes. I promise.” Nada suara dia masih rendah.

Aku mengeluh kuat. Aku rasa selagi aku cakap tak nak, selagi tu dia akan pujuk aku. Jadinya baik aku ikut aje sebab dah tak kuasa nak tengok muka dia lama-lama. Aku terus masuk kereta dan dia memecut laju.

Tiba-tiba dia berhenti depan Hotel Grand Hyatt. Dia serahkan kunci kereta kepada penjaga valet parking dan buka pintu aku. Dia pegang tangan aku lagi, aku pun tarik semula.

Aku dah malas nak cakap, aku ikut aje dia naik ke tingkat 38 dan ke Thirty8 Restaurant. Punyalah susah tempat dia ni nak makan. Kalau kat mamak ataupun kedai tomyam kan senang. Tepi jalan pun bersepah-sepah kedai.

“Two black coffees please.” Dia buat pesanan pada waiter lepas duduk di meja untuk dua orang di tepi tingkap.

“Tak nak, saya nak milo…tiga.” Alang-alang nak minum biarlah sampai tiga cawan walaupun aku tak tau sini ada jual milo ke tak.

Aku jarang makan kat tempat macam ni. Dalam setahun ada lah empat lima kali agaknya. Selalunya supplier belanja, reunion sekolah ataupun universiti, makan-makan department hujung tahun dan sambut birthday Zarul takpun birthday aku lah. Tu pun tahun ni sambut birthday Zarul kat Suki-Ya aje. Jadi mana nak tau ada milo ke tak kat sini sebab selalunya kedai tomyam ada jual milo. 

Joe tengok aku. “Lia, don’t get me wrong. This is the first time I’ve asked someone out against their will.”

Aku buat tak dengar. Aku tak nak ambil tau apa pun yang dia cakap.

sweet sourDove le storie prendono vita. Scoprilo ora