sweet part 23

103 4 0
                                    

LEPAS mesyuarat, kami memutuskan untuk naik bot dengan bayaran lebih kurang RM250. Kalau seribu pun sanggup bayar rasanya asalkan bukan panjat bukit lagi.

Sampai chalet lebih kurang pukul empat setengah. Lepas aje mandi dan solat, semua orang pengsan. Aku tersedar pun masa azan maghrib.

Lepas solat kena masak untuk makan malam. Menu malam tu ialah kari ayam 'Yeos', kacang panjang dengan lobak merah goreng, serta telur dadar. Kami memang bawa stok makanan macam beras, telur dan sayur.

Yang lain-lain tu makanan dalam tinlah. Jimat belanja sebab program ni anjuran manusia yang tak habis belajar iaitu Chia. Jadi duit sepuluh ringgit pun dia berkira.

Malam tu kami main teka teki. Maklumlah chalet ni tak ada TV dan internet coverage pun sendu. Jadi buatlah benda ni sambil masak depan chalet.

Bila dah penat teka dan jawapan yang dapat menyakitkan hati, mulalah kejar sesama sendiri.

“Semua stay sini?"

Faiz jumpa lagi lelaki yang tengok aku kat Juara tapi sorang ajelah bukannya bertiga. Masa tu budak-budak lain tengah sibuk 'mengerjakan' Amet, sampai terbaring atas tanah. Lepas angkat Amet bangun, kami pergi dekat Faiz dan lelaki tu.

"A ah." Faiz jawab.

"Buat apa kat sini?" Wan pula yang tanya.

"Jumpa orang kat kafe tu.” Jari dia tunjuk pada kafe sebelah chalet kami.

Mata aku tengok kawasan kafe yang meriah dengan lampu warna- warni yang berkelip-kelip. Tapi aku tetap tak tergamak nak masuk sebab barangan Carlsberg bersepah. Rasa macam Carlsberglah yang sponsor tempat tu. Pergh! Urban gila mamat ni!

"Oh." budak-budak ni sama-sama jawab.

Lelaki tu tengok aku yang tengah berdiri sebelah Faiz. Aku pun senyumlah sebab dah tak tau nak buat apa lagi. Dia balas senyuman aku. Masa tu pula Razlan yang tak terlibat dalam aksi belasah- belasahan tadi panggil makan.

Budak-budak lain minta diri nak bergerak daripada lelaki tu, termasuklah aku yang dah berjalan dua langkah.

"Hari ni kita tak accident." Tiba-tiba dia bercakap. Aku pusing balik. Tengok-tengok kalau dia bercakap dengan aku.

"Hah?” Aku buat muka blur kat situ.
Dia senyum sebelum tinggalkan aku. Rupa-rupanya dia tak bercakap dengan aku. Buat malu aje aku buat muka blur tadi.

Aku terus tengok dia. Tak sampai sepuluh meter di depan, aku nampak dia duduk semeja dengan sekumpulan manusia. Ada tiga lelaki dan tiga perempuan.

Lelaki tadi angkat satu gelas penuh berisi bir yang baru dituang daripada jug dan dihalakan ke mulut. Aku nampak ada dua jug yang dah kosong kat depan dia. Aku terus tengok dia sampai ternganga.

Tiba-tiba dia ternampak aku tengah tengok dia. Dia terus letak balik gelas tadi, tak jadi minum dan papah salah seorang perempuan cantik lagi seksi yang dah mabuk di sebelah. Aku geleng kepala sambil cepat-cepat berjalan ke arah kawan-kawan aku yang dah makan.

Lelaki tu langsung tak boleh masuk senarai calon suami! Entah perempuan malang mana yang jadi bini dia nanti. Aku tumpang simpati kat perempuan tu

sweet sourWhere stories live. Discover now