sweet part 32

106 7 0
                                    

Adoi! Rupanya dia datang nak hantar telefon aku. Dah macam-macam aku kutuk dia dalam hati tadi. Banyak dosa kau dengan Joe Jambul ni Lia.

“So, you have to treat me to lunch.” Selamba dia cakap.

“Boleh-boleh, memang saya kena belanja pun. Tapi boleh tak lain kali. Sebab saya ada meeting dengan production pukul dua. Jadi saya nak makan kat depan tu aje. Tak sempat nak keluar tempat lain. Nanti saya belanja yang sedap-sedap sikit.” Panjang lebar aku jawab.

Memang aku kena belanja dia sebab dah lah dia yang simpankan telefon aku, siap hantar lepas tu pakej aku maki dalam hati lagi.

“Okay. So you owe me dinner some other day and lunch today.” Senyum tak lepas dari mulut dia.

“Hah?” Aku dan ternganga. Memang jujur orangnya sebab tak ada berkias-kias suruh aku belanja makan. Jarang aku jumpa orang bersungguh suruh belanja macam dia ni.

“Tapi makan nasi campur aje lah. Boleh ke?” Aku sambung lagi serba-salah. Walaupun pelik aku tanya boleh ke tak dia makan nasi campur.

Hello! Dia rakyat Malaysialah. Siapa tak makan nasi campur kat bumi Malaysia ni? Tapi kalau alang-alang nak belanja, paling cikai pun belanjalah KFC. Bukan main susah payah dia membazir minyak hantar telefon sampai depan pintu pagar kilang ni. Takkan nak makan nasi food court.

“Anything is fine with me.”

Aku angguk perlahan dengan muka tak yakin. Tengok jenama baju pun dah lari jauh dari adik dia yang suka sangat makan nasi campur tu.

“Err, kena masuk parking. Kejap ye, saya register dulu.” Aku tunjuk parking visitor di depan pondok pengawal. Walaupun dia ada kereta power tapi tetap tak boleh parking tengah jalan macam ni kecuali dia tauke kilang.

Aku terus pergi kat guard dan isi maklumat visitor. Tapi haram aku tak tau apa nama penuh mamat Joe ni. Nombor kad pengenalan dan nombor telefon apatah lagi. Adoi! Takkan nak tanya nama dia. Nampak macam tak senonoh sangat tak peduli nama abang Zarul. Akhir sekali aku letak nama aku aje

sweet sourDonde viven las historias. Descúbrelo ahora