KIM-ICHA : BAB 9

183 20 0
                                    

Bergetar telefon bimbit Hakim tanda menerima panggilan dari seseorang.

Ibu.

Bangun Hakim menunduk keluar dari ruang tamu menuju ke tengah laman luas rumah agam itu.

"Ya ibu," sambut Hakim.

"You~" rengek wanita di hujung talian.

Berkerut dahi Hakim. Berat nafasnya dilepaskan.

"You nak apa ni? Kenapa call pakai nombor ibu?" Soal Hakim sambil memicit pelipis dahinya.

"Kalau I call pakai nombor I, confirm you tak jawab," jawab wanita itu di hujung talian. Mengada sahaja bunyinya. Naik berbulu telinga Hakim.

"Dah tu, buat apa call lagi? I tak jawab tu maknanya I tak nak cakap dengan you lagi. I dah tak ada urusan apa-apa lagi dengan you Syarifah Julia."

"Nak kena ada urusan dulu ke baru boleh call you? You suami I–"

"Bekas Julia. Bekas. Nak I pakuk status tu dekat dahi baru you sedar ke?" Balas Hakim berang.

"Oh my god, chill Kim. I gurau je. By the way, you berbuka dekat mana? I berbuka dekat rumah ibu. Penat I masak lauk favourite you," rajuk Julia.

"Masak?" Ketawa sinis Hakim.

"What?"

"Sudahlah Julia. Kalau you masak, buang tabiat namanya. Baliklah Julia. I tak kan balik sana selagi you ada. I berbuka dekat mana pun, tu urusan I. I'm not your pet anymore," balas Hakim dan terus mematikan talian.

Berpusing Hakim untuk kembali masuk ke dalam rumah.

"Astaghfirullah! Raisa! Terkejut saya. Berapa lama dah awak dekat sini?" Soal Hakim sambil mengurut dadanya.

"Err, sorry Encik Hakim. Ki–kita tak curi dengar apa-apa. Jangan risau. Nah! Kita nak bagi bihun goreng tadi. Minta tolong pass kan pada Harraz. Tapi, kalau Encik Hakim nak makan lagi dekat rumah, tak payahlah bagi dia," ujar Raisa sambil menghulur beg kertas berisi bekas bihun tadi.

"Oh, tak apa ke kalau saya tak bagi dia? Saya nak buat untuk sahur esok. Elok lagi tak agak-agak?"

"Encik Hakim masuk peti ais malam ni, esok pagi panaskan dalam microwave. Insyaallah elok. Tapi sebelum makan bau lah dulu. Kalau macam dah tak sedap bau dia, jangan makan! Nanti cibi-cibi kesian Encik Hakim," jelas Raisa bersungguh.

"Cibi-cibi? Apa tu?"

"Cirit-birit," tersengih Raisa menggaru kepala yang tidak gatal.

Ketawa Hakim mengangguk kepalanya faham.

'First time dengar cibi-cibi. Comel. Bahasa orang muda kut,' getus hati Hakim dan melangkah masuk menuju ke rumah beriringan dengan Raisa.

Elok sahaja mereka menghampiri ruang tamu,

Papp!

KIM'S: HIS STELLA | OGWhere stories live. Discover now