KIM-ICHA : BAB 4

197 17 1
                                    

"Dia duda Icha. Suka duda ke?"

Terkedu Raisa di kerusi di meja pulau dapur itu. Melongo dia memandang Raifa seperti tidak percaya.

"Du–duda?"

Mengangguk Raifa dan kembali menggigit burger di tangan.

"Oh my... cerai mati or cerai hidup?"

Raifa menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu dan tidak ambil tahu.

"Hal peribadi, malas Kak Rai nak ambil tahu. Baik Kak Rai ambil tahu hal peribadi boyfriend Kak Rai," sengih Raifa nakal.

Melongo lagi Raisa memandang Raifa.

"Kak Rai dah ada boyfriend?! Siapa? Yeay! Bila nak bawa jumpa mama?! Dari hari tu mama bising tau kata Kak Rai asyik sibuk je, lepas tu risau Kak Rai kahwin lambat," adu Raisa mencebik.

Tergelak kecil Raifa.

"Nanti Kak Rai kenalkan." Senyum Raifa tiba-tiba menjadi angau.

Mengangguk Raisa gembira melihat kakaknya gembira. Kembali fikirannya dipenuhi dengan kenyataan status Hakim yang rupanya duda.

'Macam tak percaya. Macam orang bujang tak pernah kahwin je!' Getus hati Raisa.

Dihabiskan burger di tangan sebelum sama-sama mereka beredar ke bilik tidur berasingan.

Pintu bilik ditutup. Raifa menghempas tubuhnya ke katil dan mula bermain dengan telefon bimbitnya. Applikasi Whatsapp dibuka.

 Applikasi Whatsapp dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Terangguk-angguk Raifa bersetuju dan terus membalas mesej dari Hakim itu.

Hakim yang baru sahaja sampai di rumah selepas pulang dari gym terus membaca mesej yang diterima

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hakim yang baru sahaja sampai di rumah selepas pulang dari gym terus membaca mesej yang diterima.

"Icha?" Tersungging senyum di bibir.

"Comel betul nama manja. Macam budak-budak," gumam Hakim sambil mematikan enjin kereta merah garangnya lalu membuka pintu untuk keluar.

Baru sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah, terus disapa Yuhanis pantas.

KIM'S: HIS STELLA | OGWhere stories live. Discover now