KIM-ICHA : BAB 5

158 13 3
                                    

Setelah menghantar Harraz ke rumah keluarga Hakim, terus kereta dipandu Hakim menuju ke pejabat semula.

Tajam mata-mata rakan kerja Raisa melihat dia dan Hakim berjalan keluar berdua dari lif menuju ke bilik dan tempat masing-masing.

Laju sahaja Atiqah menuju ke arah Raisa ingin cuba mengorek cerita. Untung-untung dapat cerita hot.

"Raisa, kau pergi mana dengan bos?"

"Dia bawa kita join dia meeting dekat bank," senyum Raisa.

"Berdua?!" Soal Atiqah tidak percaya.

"Err–" tergagap Raisa ingin menjawab.

Bertambah gagap dia apabila melihat Najiha sudah berdiri di sebelah Atiqah berpeluk tubuh. Teringat akan jelingan tajam dari Najiha semalam selepas ditegur oleh Hakim kerana menyuruhnya menyiapkan summary claim projek Sarawak.

"Seriuslah kau berdua je dengan bos pergi meeting?" Soal Najiha seperti tidak berpuas hati.

Tergeleng-geleng kepala Raisa menafikan.

"Ada Cik Raifa sekali!"

"Cik Raifa? Mana? Tak ada pun? Mesti kau pergi and balik berdua dengan bos kan? Kau bukan ada kereta nak pergi sendiri," duga Najiha.

'Aduh nak jawab apa ni, karang pelik pulak cakap pergi dengan Kak Rai dari rumah. Bukannya diorang tahu kita ni adik Kak Rai,' bisik Raisa di dalam hati.

"Diam tu maknanya betul lah keluar berdua dengan bos. Peliklah Tiqah, sejak dia masuk ni kan, baru je tiga hari tapi dia punya rapat dengan bos, lain macam. Bos back up, bos makan lunch dengan dia dekat pantri kongsi bekal, eh ni pergi meeting berdua. Sepanjang kitorang kerja sini, tak pernah bos berdua dengan staff perempuan keluar walau hal kerja tau. At least mesti ada teman lain, bukan berdua," sindir Najiha.

"Ya Allah betul, kita pergi sendiri je meeting tu. Balik tadi kebetulan je–"

"Borak apa ni? Raisa, masuk sekejap. Kita discuss sikit pasal meeting tadi," arah Hakim.

Berpeluk tubuh dia memandang Atiqah dan Najiha yang sudah terkulat-kulat di tepi meja Raisa. Perlahan kaki mereka melangkah ke meja masing-masing.

Tersengih Adiba melihat dua gadis itu bagai tercekik jelly ball setelah kantoi bergosip.



"Duduk Raisa," arah Hakim dan kembali dia melabuhkan punggung di kerusi empuknya. Cermin mata yang ditanggalkan tadi dipakai kembali. Baru jelas figura gadis kecil di hadapannya ketika itu.

"Is everything alright? Tadi tu gosip apa?"

"Hah? Tak– tak ada apa-apa," balas Raisa gagap.

"Kalau ada apa-apa yang tak best, bagitahu saya," pesan Hakim sebelum dia memulakan diskusi.

Sementara di luar pula rancak Najiha dan Atiqah bergosip dan mula merencana sesuatu.



Tersandar Raisa di kerusi penumpang di belakang. Terasa letih memikirkan Hakim sudah mula menugaskan dia dengan bermacam kerja yang cukup asing.

KIM'S: HIS STELLA | OGWhere stories live. Discover now