BAB 21

24 2 0
                                    


20 March. Aku duduk termenung atas katil hospital. Melihat suasana kelam kabut membuatkan aku lebih senyap dan mahu berlakon menjadi halimunan buat seketika. Didalam ruang besar ini hanya dipenuhi semua pelajar semester 2 perempuan. Manakala bagi semester 2 lelaki semuanya di wad lelaki.

Katil aku berada di betul - betul sudut bilik. Kerana itu, aku boleh melihat wajah seorang demi seorang yang berada di sini. Ada yang luka di wajah. Lebam di anggota badan. Ada juga yang tangan dibalut dengan kain putih. Muka masing-masing menahan sakit mendesis halus. Sementara aku?

Sudah selamat menjadi mumia hidup.

Herh.

Ini semua gara - gara lembaga yang rakus menarikku hingga tak hirau langsung kesakitan yang terpaksa aku hadap pada tempoh hari.

Ya, tempoh hari. Kami semua dijumpai pada 19 March. Bukan pada 14 March keesokan hari itu. Tidak sama sekali.

Aku terdengar perbualan dari jururawat disini semalam. Kata mereka, disebabkan jalan mahu menaiki puncak Gunung Jerai mempunyai masalah. Mereka terpaksa menangguhkan dahulu sesi pencarian. Pada 15 March, barulah pihak bomba dah ahli penyelamat yang lain berkerah tenaga mencari kami semua. Namun malangnya, kami tidak dijumpai. Sehinggalah pada 18 March. Barulah tubuh kami semua dijumpai ditepi lereng gunung secara beramai-ramai. Mereka justifikasi keadaan kami terbaring ketika itu kerana kejadian tanah runtuh.

Tapi sebenarnya mereka salah.

Bermulanya pada malam 13 March, masa sudah pun menjadi panjang untuk kami yang berada di alam ghaib. Aku tahu yang sebenarnya, kami semua sudah terperangkap di alam itu selama 6 hari mengikut masa dunia sebenar. Tapi bagi masa di alam ghaib, hanyalah semalam buat kami.

Aku juga mendengar khabar bahawa, semua pelajar kolej berjaya diselamatkan dan tidak ada kejadian meragut nyawa. Itu maksudnya, malam itu tidak ada nyawa yang diambil. Syukur! Semua ini berjaya atas pertolongan Mega dan rakan rakannya.

Dan tak lupa juga atas keizinan dari Tuhan yang membenarkan kami bernafas sehingga ke hari ini.

Seketika, aku teringat pasal Mega. Apa yang terjadi dengannya selepas itu? Adakah dia baik-baik sahaja?

"Nil..."

Mendengar namaku diseru oleh seseorang, pantas aku mengalih anak mata memandang si gerangan. Kasturi.

Serta merta bibirku mengukir senyum. Alhamdulillah, Kasturi selamat. Cuma, dia ada mengalami luka dan lebam di sekitar badan. Tak apalah. Asalkan dia selamat.

"Ada apa kau datang sini? Sepatutnya kau berehat." Kataku yang masih lemah. Suara pun malas nak keluar berbunyi sebab penat tak habis.

Kasturi melabuhkan punggung di ruang kosong sebelahku. Wayar antibiotik yang dicucuk pada belakang tapak tangannya dipandang hiba. Sudahlah tubuhnya kurus kering. Mahu angkut besi yang disangkut antibiotik pun tak larat.

"Kau tahu tak pasal Umai?" Soalnya tiba-tiba.

Terkebil-kebil kelopak mata memandangnya. "Kenapa dengan dia?"

Soalanku tidak dijawab dengan suara tetapi dijawab dengan sehelai suratan akhbar oleh Kasturi. Aku tayang muka hairan. Surat khabar apa pulak ni?

Tanpa banyak kata, aku terus mencapai surat khabar dari tangan Kasturi. Lama juga aku pandang Kasturi semata-mata mahukan jawapan. Tetapi wajahnya hanya ditayang sayu. Dah kenapa nampak sedih pulak ni?

Mata dialih melihat surat khabar digenggaman. Satu persatu tajuk utama aku baca.

' Mayat seorang pelajar kolej ditemui dalam keadaan tragis.'

SEMESTER 2Where stories live. Discover now