BAB 3

33 2 0
                                    


Cahaya matahari mula menyuluh mata. Aku menggeliat sakan sebelum bangun dari pembaringan. Jam aku perhatikan. Sudah pukul lapan tiga puluh lima minit pagi. Aku depakan tangan seluas lautan lalu aku rengangkan segala urat saraf. Puas!

Aku pusing sebelah kanan memandang Kasturi. Masih tak ada tanda mahu menyedarkan diri. Dengkuran halus turut terhasil. Dah macam opah-opah aku tengok cara dia tidur. Aku pusing sebelah kiri pula, serta merta kening aku bercantum.

Aik? Umai tak ada? Sejak bila pula dia keluar?

Tak tunggu lama aku terus pergi ke pintu utama. Sah! Umai sudah keluar. Agaknya lepas subuh terus dia menghilangkan diri kot.

Telefon bimbit aku capai. Nama Umai yang telah disimpan aku tekan. Mahu menghantar pesanan ringkas kepadanya.

"Umai, kenapa kau keluar tak bagitahu? Risau aku." Terus aku menekan butang hantar kepadanya.

Beberapa saat kemudian, Umai balas. "Sorry. Tadi aku rushing nak jumpa mama dan bapa aku. Itu yang tak sempat bagitau kau. Lagipun aku tengok kau nyenyak sangat." Emoji ketawa dia sertakan.

Mana tak nyenyak kalau pukul dua pagi baru aku boleh tidur. Haih.

Aku tak membalas semula mesej. Cukup aku tahu dia selamat di pangkuan keluarganya sudah. Tanpa berlengah, aku mencapai tuala mandi di belakang pintu. Kemudiannya aku membersihkan diri dan sarapan.

Tengahari hingga ke petang. Rumah sewa ini sudah dipenuhi suara-suara sumbang. Kawan - kawan yang tinggal bersama, semua sudah datang betapa disini. Esok kelas akan bermula. Mahu atau tidak, mereka perlu melepaskan diri dari pelukan keluarga buat sementara.

Damia, Faima dan Aikah. Mereka bertiga ialah kawan aku selain Kasturi. Pada semester pertama, merekalah yang membantu aku mengangkat barang masuk kamsis. Dan dari situlah pertemuan pertama kami sehingga ke semester dua.

Mata aku memerhati banyak barang yang baru dibeli. Aku naik hairan. Siapa pula yang beli barang banyak macam ni? Termasuk dengan periuk belangan turut dibeli. Ewah! Nak buka kedai makan ke?

"Barang siapa ni? Banyak nya." Aku membuka mulut bertanya.

"Perkakas rumah kita. Mak ayah aku belikan." Damia menjawab sambil tersengih manis.

"Baiknya mak ayah kau. Susah – susah je beli. Berapa semua ni?" Tanya aku ingin tahu. Melihat ada barang elektronik mesti harganya mencecah ratusan ringgit.

Teragak agak Damia mahu menjawab. "Seribu lebih."

Langsung terjatuh rahang aku mendengar nilai sebanyak itu. Mungkin bagi Damia, itu perkara biasa buat orang berada sepertinya. Tapi bagi aku? Roti berharga seringgit pun aku kira berkali-kali mahu beli ataupun tidak. Bukan kedekut. Tapi level berjimat aku mengalahkan Hagemaru.

Sungguh aku dapat katakan. Damia bukan manusia kedekut. Dia juga tidak sombong. Itu membuatkan aku respect pada dia. Orang kaya yang tak berkira.

Setelah itu, aku melihat satu bunga matahari yang seakan mahu layu meyembah bumi. Langsung aku bertanya pada semua.

"Bunga siapa ni. Macam nak mati dah." Balang yang menempatkan bunga matahari aku angkat keatas.

"Bunga aku!" Laung suara Faima dari biliknya.

Semerta, aku ketawa kecil. "Bunga kau dah nak mati."

Faima keluar dari bilik. Bibirnya dijuih sedikit.

"Itulah. Aku beli dekat Cameron sebelum aku datang sini. Kalau aku tahu jadi macam ni, aku tak beli pun tak apa," ujarnya separa merajuk. Aku hanya mengemam bibir. Sama ada mahu menghembur tawa atau menunjuk simpati.

SEMESTER 2Where stories live. Discover now