BAB 19

20 4 0
                                    


12 March. Tarikh sial yang digelar oleh semua student semester 2. Semuanya gara-gara hari ini adalah hari dimana mereka perlu menyiapkan diri tidur di gunung Jerai. Perkhemahan 2 hari 3 malam yang sampai sekarang tak tahu siapa manusia yang menyuruh mereka berkhemah. Ini semua kerja gila!

Faima, Damia dan Aikah masing-masing sudah bersiap sedia dengan bag disisi. Manakala aku dan Kasturi masing terbaring elok diatas sofa. Hehe.

Sebenarnya aku dan Kasturi dibenarkan untuk tidak turut serta memandangkan kondisi kami berdua tidak berapa baik. Kaki Kasturi masih berdarah. Aku baru habis rawatan islam disebabkan histeria dulu. Barangkali sir Fitri risau andai kejadian itu berulang lagi. Jenuh nak rawat katanya. Nanti tak pasal-pasal semua budak-budak kena rasuk.

"Taknak pergi lah. Aku nak bagitahu sir yang aku jatuh bilik air," cebik Aikah di kerusi meja makan.

"Malasnya! Benci lah. Nak khemah bagai." Sampuk Faima pula.

"Untunglah tak pergi." Kata Damia seakan mahu menyuara tidak puas hati.

Aku sekadar ukir sengih mendengar kata-kata dari mereka. "Goodluck masuk kem. Atas gunung jerai dalam telaga tok Sheikh. Boleh minum air atas tu." Sempat aku memberitahu apa yang ada disana.

Damia merengus. "Bukan itu yang kami nak."

Aku tayang wajah selamba. "Mana tahu tiba - tiba haus?"

"Eh, jom lah kita gerak. Pukul 10 kena naik bas dah. Sekarang dah pukul 9:30." Ajak Aikah. Jam di dinding dilihat sejenak.

Mereka mengangguk setuju. Barang dan alat penting diangkat. Bag galas belakang diletak elok pada tubuh. Banyak juga barang mereka bawa. Macam nak duduk terus dekat atas gunung tu.

"Nanti dulu."

Mendengar suara aku yang agak dingin, lantas mereka paling wajah memandangku serentak. Tubuh dibawa mendekati mereka. Wajah seorang demi seorang aku perhati lama. Kemudian, tanganku dibawa menyeluk poket seluar. Tiga utas tali berwarna hitam aku keluarkan. Dimulai dengan tangan Faima, aku menarik tubuhnya merapatiku agar mudah diikat tali tersebut, Dia tampak hairan dan pelik dengan tindakan ku yang tiba tiba ini.

"Apa benda ni Nil?" Soal Damia disebelah. Dahi sudah berkerut sakan.

"Aku akan pergi sana juga. Tapi bukan dengan korang." Pertanyaan mereka aku tidak menjawab. Bahkan aku menukar siaran topik lain.

"Maksud kau?" Faima menyampuk.

"Nanti korang akan tahu. Tali ni jangan buka. Jangan hilangkan. Dan jangan berpisah. Pastikan tetap bertiga. Ingat pesan aku." Keras aku memberi ingatan. Mata pekat memerhati mereka tanda aku benar aku serius.

Mereka memerhati antara satu sama lain. Lalu baru mengalih pandangan kearahku.

"Make Sure kau datang." Aikah genggam tanganku dengan riak muka mendung.

Perlahan-lahan aku angguk dan ukir senyum tawar. Selepas itu, mereka bertiga mula berjalan dan berlalu pergi meninggalkan rumah.

Aku tahu. Sedikit sebanyak ucapan aku tadi memberi impak kepada mereka. Mesti sekarang mereka agak berdebar - debar untuk melanjutkan perjalanan.

Huh.

Maaf. Bukan niat aku untuk benarkan kalian pergi dan tidak mahu melindungi. Tapi aku perlu selesaikan satu per satu masalah. Sebelum masuk bulan terang, baru aku berangkat naik gunung bersama Kasturi. Itupun kalau Kasturi larat. Melihat keadaan tubuhnya sedikit lemah, buat aku dipalit rasa kasihan pula andai aku mengajak dia sekali untuk pergi

Tak apa. Mungkin aku boleh seorang diri. Atau sebenarnya dengan bantuan lelaki yang aku gelarnya 'tidak bernama'.

Kepala ditoleh memandang ke sebelah kanan. Pada pintu kecemasan di hujung sana, ada satu susuk tubuh tegap sedang memeluk tubuh. Ya, dialah lelaki yang tidak bernama itu. Tali yang aku ikat di tangan mereka tadi, semuanya pemberian dia. Katanya tali itu sebagai ikhtiar mahu selamatkan mereka dari malapetaka.

SEMESTER 2Where stories live. Discover now