BAB 10

64 5 0
                                    


"Jangan ganggu aku!"

"Jangan ganggu aku!"

Berkali-kali aku memekik hal yang sama. Sampai suara aku pun terasa makin hilang tidak mahu keluar.

Sekarang aku berada didalam hutan tebal. Aku tak tahu aku dekat hutan mana. Sikit pun tak ada cahaya. Sinar bulan malam pun tidak tembus masuk kedalam ruang hutan. Apabila aku berlari pasti kaki akan tersandung dek terlanggar tunjang akal yang menimbul. Gelapnya langsung tidak boleh dibincang. Tambah pula, aku dikejar oleh lembaga yang sama.

"Kawan kau akan jadi mangsa aku Inayah!"

Bergema suara kasar diseluruh pelusuk hutan. Lembaga itu tak habis-habis mengatakan hal yang sama. Aku dah naik pitam. Jiwa aku semakin memendam. Otak aku makin layak digelar pesakit mental!

Aku tak boleh lemah. Aku tak boleh takut. Seorang Inayah seorang pelindung seperti mana nama aku bermaksud sebegitu.

Mata diliar mencari 'dia'. Aku mahu bersua muka. Aku mahukan sebab mengapa dia mahukan kawan aku.

"Siapa kau! Apa yang kau nak dari aku?!"

"Datang sini berdepan dengan aku sekarang!"

Aku menjerit kuat. Tubuh aku terasa melayang gara gara kepala dilangut keatas mencari kelibat dia. Kadang senget ke kanan, kadang senget ke kiri. Aku mahu rebah tapi pantas aku cuba untuk bertahan dan berdiri selagi boleh.

"AKU MAHUKAN KAWAN KAU!"

Tubuh aku ditarik dari belakang. Serta merta, mata aku memaku memandang si penarik. Dia bukan lembaga yang sayup-sayup suaranya berkata dari tadi. Tapi dia adalah...

"Umai!" Sungguh aku terkejut melihat gerangan didepan aku, Disangkakan lembaga yang mengejar. Rupanya dia adalah Umai.

"Aku nak kawan kau, Inayah." Leher aku dicekik kemas oleh jari-jemarinya. Nafas aku kian tidak stabil. Tersekat - sekat di kerongkok.

"Kenapa kau nak mereka, Umai. Mereka pun kawan kau juga!" Lantang aku menjerkah.

Umai senyum sinis. Wajahnya nampak tidak puas hati dengan kenyataan aku. "Aku kawan dengan korang bukan sebab aku nak berkawan, tapi sebab aku nak korang jadi mangsa kepada Tuan aku!!"

Terkebil-kebil aku mendengarnya. Dahiku berkerut seribu jelas tidak faham.
"Apa maksud kau Umai?"

"Kau tak perlu faham apa yang aku cakap. Yang penting kawan kau akan jadi mangsa Tuan aku untuk dia hidup abadi!" Dia ketawa kuat. Makin lama gelaknya bertukar seram.

Mulut yang terbuka ketika menghembur tawa, pelan-pelan menampakkan gigi yang semakin bertukar menjadi siong. Tajam dan seram. Muka Umai juga berubah jadi makhluk ganas. Dia berubah menjadi lembaga yang selama ini aku selalu mimpikan. Rupa-rupanya lembaga itu adalah Umai sendiri!

"Kenapa kau nak kawan aku sahaja tapi bukan aku!" lagi sekali aku bertanya.

"Sebab kau bukan kemahuan tuan aku."

"Kau penipu. Kata-kata syaitan selamanya dusta dan tak boleh dipercayai!" aku membalas katanya dingin.

"Dan aku pun tidak pernah menyuruh manusia mempercayai aku. Kau lihat manusia di sekeliling kau. Mereka sendiri yang jatuh terjerumus dengan kata-kata makhluk seperti aku! Lemah!"

Aku terkedu dengan kata-katanya. Bibir diam terpaku. Sikit-sikit aku menggeleng. Aku tak boleh dengar apa yang keluar dari mulutnya.

"Tapi kau masih tidak ada hak untuk ambil kawan-kawan aku sebagai mangsa tuan kau! Siapa Tuan kau. Biar aku sendiri yang berjumpa dengan dia!"

SEMESTER DUA ( C )Where stories live. Discover now