BAB 18

25 3 0
                                    


Pagi itu seperti biasa. Aku bangun seawal 5:30 pagi. Hanya aku seorang yang baru bangun. Yang lain masih nyenyak dibuai mimpi memandangkan kelas agak lewat hari ini. Pukul 9 baru mula. Ada lagi masa untuk tidur sekejap.

Tapi tidak bagi aku. Semalam aku tertidur awal sebab sakit kepala. Tak silap aku, waktu aku terlena semalam sudah pukul 6:10 petang. Cahaya petang berwarna sedikit oren menyuluh mata. Itu tandanya, matahari semakin menghilangkan diri. Patut aku bangun tadi rasa blur. Mana taknya kalau tidur lepas asar. Bangun je terus bodoh sokmo orang kata.

Tak betah berlama, aku bangun mencapai tuala dibelakang pintu. Badan sudah rasa berlengas dan tidak bermaya. Perut pun sudah berkeroncong lapar.

Kaki dihayun pergi masuk ke bilik air. Namun sebelum itu, aku jejak masuk ke kawasan dapur dulu. Air botol mineral atas meja aku buka dan teguk rakus. Fuh! Lega lah sikit rasa. Usai itu baru aku pergi ke tujuan asal. Tandas.

Ketika aku menyusun langkah ke sana, bulu roma tiba-tiba naik mencanak. Air liur ditelan kasar. Cermin besar yang dipaku elok pada dinding berdekatan pintu seperti ada benda yang memantulkan imej selain aku. Berambut panjang. Ya, aku hanya nampak rambut. Rambut yang menutupi muka. Tinggi lampai dari aku.

Walaupun sekarang aku tengah tunduk, aku masih lagi nampak pantulan cermin dari hujung mata. Cermin tu sangat besar. Sangat mustahil untuk aku tak nampak. Cawan yang terletak atas rak pun aku nampak apatah lagi sebatang tubuh menyeramkan di belakang sekarang.

Nafas dikawal tenang. Aku tak boleh kelam kabut. Kalau tak lagi benda tu suka.

"Jangan kacau aku. Aku tak kacau kau pun," Aku beri amaran keras.

Kemudian aku melangkah pergi tanpa hiraukan dia. Kepala masih ditunduk rapat memandang bawah. Sampai ke depan pintu bilik air, aku buka suis lampu terlebih dahulu. Namun sebelum aku berbuat demikian, ada satu tangan terlebih dahulu memintas.

Jantungku mulai berdegup kencang. Pelan-pelan kepala diangkat bagi melihat tangan siapa. Seketika aku hairan. Tangan siapa yang macam lelaki?

Setelah aku mengingati tangan siapa, lantas bibir aku berdecit tidak suka. Aku tahu itu bukan manusia. Tapi jelmaan yang aku anggap bunian tempoh hari.

"Kau nak apa hantu?"

"Hantu kau panggil aku?" Dia membalas.

Dah agak. Mendengar suaranya saja sudah aku tahu siapa. Aku menoleh memandangnya dibelakang. Masih berpakaian bak panglima istana masa lalu. Keris juga masih terselit sekali di sampin.

"Apa yang kau nak? Tak malu masuk rumah perempuan?" Sindir aku padanya. Kain tuala yang menutup kepala, aku kemaskan lagi agar tidak ternampak rambut. Meskipun lelaki itu hantu, tapi dia tetap bukan mahram dan berjantina lelaki.

Dia tersenyum panjang. "Bukan saja - saja aku menjejak masuk kerumah kau. Aku ada perkara penting yang perlu beritahu." Terus bertukar dingin wajahnya setelah selesai menutur kata. Lantas itu, dia beralih pergi ke ruang tamu kecil.

Dahi berkerut pelik. "Apa maksud kau perkara penting?" Aku menyoal dengan jiwa penuh debaran. Kaki diangkat mengikut langkahnya.

"Kau akan pergi berkemah nantikan?"

Sekali lagi aku terpampang. Macam mana dia tahu? Oh lupa. Dia kan hantu. Mestilah tahu semua benda.

"Apa yang kau nak bagitahu aku?" Aku menyoal perlahan. Tangan dilipat memeluk tubuh.

"Jangan pergi sana. Akan ada satu nyawa yang bakal hilang pada malam bulan terang." Tenang dia beritahu.

Huh! Tenang bagi dia tapi bukan bagi aku. Jantung aku makin bertambah kencang. Bagai mahu bersua muka dengan guru disiplin.

SEMESTER 2Where stories live. Discover now