BAB 2

39 4 0
                                    


Malam ini terasa agak sunyi. Hanya kami berdua yang ada di rumah sewa. Bunyi suara jiran tetangga ada sesekali aku dengar. Kadang terdengar suara ibu marah pada anak. Kadang ada suara suami isteri berkelahi. Baru malam pertama dirumah sewa sudah ada sikap tidak enak diantara jiran. Namun, aku hanya membiarkan. Bak kata pepatah, jangan sibuk jaga tepi kain orang. Entah, aku pun taktahu itu pepatah atau tak.

Nasi kandar yang dibeli dari aplikasi grab berkunjung tiba. Aromanya membuatkan mulut aku meronta-ronta untuk disuap. Tidak sabar untuk aku merasakan. Tangan dibasuh terlebih dahulu. Selepas itu, baru aku menikmati kenikmatan nasi kandar.

Suapan pertama aku masukkan. Sedapnya! Tak terbuka mata aku. Nikmat apa yang ingin aku dustakan!

Sedang ralit aku menikmati hidangan, Kasturi datang ke meja makan. Dia berdiri depan aku. Memek mukanya seperti merisaukan sesuatu.

"Kau kenapa Kas?" Soal aku sedikit hairan.

"Aku takutlah nak tidur malam ni."

Aku jongket kening. Semerta, suapan aku berhenti sekejap. "Nak takut apa? Bukannya kau tidur seorang pun. Aku ada kan."

Kerusi ditarik lalu dia duduk disitu. Aku dengar dia mengeluh berat. Lantas itu, aku bertanya semula.

"Kau kenapa, Kas? Kalau kau ada masalah bagitahu aku. Jangan diam je." Aku mula bersuara tegas.

"Tak ada apa lah." Kasturi membalas pertanyaan aku dengan ringkas. Sangat ringkas sehinggakan aku rasa ingin mengetuk sel otaknya supaya membuka mulut untuk bercerita.

"Kas..." meleret nama dia aku sebut. Mata aku berubah menjadi helang. Tajam seakan ingin membaham.

"Yelah. Aku nak cerita lah ni," Dari posisi duduk lemah dia berubah duduk tegak. Menandakan dia bersedia mahu membuka cerita.

"Umai.. dia..."

Tuk! Tuk! Tuk!

Serentak, kami berdua memandang ke pintu utama. Air liur ditelan kesat. Jam di dinding dipandang. Tepat jam 10 malam. Siapa pula yang datang malam - malam buta ni? Kalau kawan yang menyewa sekali pasti mereka akan wasap terlebih dahulu.

Aku pandang Kasturi. Kasturi pandang aku. Kami membalas pandangan. Tidak berkelip langsung. Bula roma pun sudah naik mencanak sehingga mahu terkeluar akar umbi. Orang yang mengetuk pintu masih meneruskan aktivitinya. Tapi kami berdua masih lagi duduk tercegat tidak berbuat apa-apa.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Assalamualaikum. Ada orang tak? Umai ni."

Mendengar sahaja pengakuan dari gerangan mengetuk pintu, secara automatik kami menghembus nafas lega. Rupa-rupanya kawan sendiri. Haih! Hampir hilang nyawa dibuatnya.

Laju aku bangun dari kerusi dan bergerak ke pintu. Pulas sahaja tombol terus terpancul wajah bersih milik Umai.

"Hi...Maaf, aku datang tak bagitahu." Umai senyum segan.

"Eh, tak apa. Kau tidur sini ke malam ni?"

Umai mengangguk. "Haah. Aku tidur sini."

Aku jenguk belakang Umai. Tak ada pula bagasi yang dibawa. Yang ada cuma bag galasnya sahaja. Itu pun nampak ringan.

Umai yang faham cara pandangan aku terus buka mulut memberitahu. "Err... sebenarnya aku tidur sini sebab... nak biar papa aku dating dengan mama aku."

Ayat terakhir tu... lama betul Umai mahu meneruskan percakapan. Seolah-olah mahu memikirkan alasan yang lebih kukuh dan munasabah pulak.

Tapi bagi aku macam tak logik. Bukan ke sepatutnya waktu macam ni perlu spent time together dengan anak yang bakal melanjutkan pelajaran? Bagi kata semangat dan motivasi diri. Tapi... mama dan papa Umai ni senang - senang je dating tanpa memikirkan anak? Specious betul.

Aih! Biarlah. Jangan sibuk tepi kain orang Inayah. Ingat tu! Mungkin dating di negeri orang lebih mesra kut? Mungkin?

"Masuklah Umai." Aku ajak dia masuk. Seraya itu, aku tutup kembali pintu dan kunci atas dan bawah. Safety first. Sediakan payung sebelum hujan sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

Aku duduk semula ke atas kerusi. Nasi kandar yang tersisa aku cepat-cepat habiskan. Kasturi. Gadis itu masih diam. Sebelum Umai datang dia mahu memberitahu sesuatu. Namun belum sempat mahu berkata apa, Umai terlebih dahulu datang tiba. Kakinya dibawah meja aku tendang kuat sampai dia mendesis kesakitan.

Dia pandang aku kehairanan. Seolah terpinga-pinga apa yang sedang terjadi.

"Kau nak cerita apa tadi?" Aku menyoal dengan nada suara berbisik.

Kasturi toleh kanan dan kiri. Gayanya seperti mahu keadaan selamat dahulu baru bercerita. Tapi...

"Tak apalah. Nanti-nanti aku cerita. Sekarang ni kau makan cepat sikit. Aku nak masuk tidur."

Dahi aku mula berkeronyok. Dah kenapa pula nak tidur pun kena tunggu aku?

"Kalau kau mengantuk pergi lah tidur dulu. Nanti aku masuk lah," suruh aku padanya. Nasi kandar yang masih tersisa aku suapkan lagi.

"Tak nak. Aku nak tunggu kau. Cepatlah." Dia mula memaksa.

Malas nak membidas panjang, aku hanya ikutkan saja. "Haa jap. Aku nak basuh tangan dulu." Pantas kaki aku bergerak ke sinki.

Tak lama kemudian, kami berdua bergerak masuk ke dalam bilik. Ya, kami berdua berkongsi bilik yang sama. Termasuk berkongsi bilik dengan si Umai. Dalam rumah ini hanya tersedia tiga bilik. Dua bilik berkatil besar dan satu bilik berkatil single. Memandangkan kami menetap sebanyak enam orang, jadi terpaksalah aku berkongsi bilik bersama dua orang ini.

Buka saja pintu, aku terpandang susuk Umai sedang bergelak ketawa sambil berbaring santai diatas katil. Telefon ditangannya menarik perhatian aku. Mungkin terjumpa video kelakar. Meme.

Aku membiarkan sahaja perilakunya. Tapi tidak bagi Kasturi. Dari tadi dia duduk menempel di belakang aku. Naik serabut dibuatnya.

"Kau dah kenapa Kas?" Dengan nada berbisik aku menegur. Jelas terpancar wajah Kasturi yang takut - takut sedikit.

"Nanti kau tidur tengah - tengah. Biar aku tidur tepi sekali." Masih dalam berbisik, Kasturi membalas.

"Kenapa?" Aku jongket kening.

"Sebab..."

"Kenapa korang berbisik ni?" Pintas Umai.

Kami terkejung serta - merta. Lambat-lambat aku kalih pandangan kepada Umai. Ada rembesan tawa kecil pada bibirnya. Mungkin lucu melihat kami berbisik seperti budak-budak ataupun lucu melihat telefon ditangan? Aku pun tak pasti. Yang aku pasti, wajah Umai tiada sebarang syak wasangka apa-apa pun.

Fuh! Nasib baik.

Malam berlalu dengan begitu pantas. Telefon bimbit di bawah bantal aku ambil. Sudah pukul dua pagi tapi aku masih belum mahu lelap. Mataku masih cerah-secerah bintang. Aku pusing ke kiri dan kanan bagi menyesuaikan posisi lena. Tapi tak boleh juga. Aku dengus kasar melihat orang di antara aku sedang nyenyak tidur diulit mimpi. Sedangkan aku masih memikirkan bagaimana cara untuk aku melelapkan mata.

Melihat Kasturi yang sedang sedap menikmati lena membuatkan aku tertanya-tanya apa yang dia ingin ceritakan. Dan kenapa dia seolah-olah takut bila dekat dengan Umai?

Umai. Nama panjangnya ialah Nur Humaira binti Ahmad Nasser. Walaupun dia sama kelas dan bidang, tapi aku masih belum mengenali siapa dia. Yang hanya kenal ialah Kasturi. Pada semester pertama boleh aku simpulkan Kasturi agak akrab dan ramah ketika bersama Umai. Tapi sejak masuk semester dua, mereka jadi renggang. Aku ibarat pemisah terhadap ketakutan Kasturi kepada Umai sekarang.

Kalau diikutkan rumah yang kami sewa hanya lima orang, tetapi tidak tahu bagaimana Umai boleh tercampak datang sini. Kata Kasturi, dia yang bersalah berbincang mengenai hal rumah sewa di depan Umai ketika itu. Disebabkan semester pertama Umai terlihat seakan disisih oleh kawan-kawannya, Kasturi beria-ria menjemputnya tinggal bersama kami.

Huh. Entah aku pun tak tahu sangat. Sekarang aku perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Baru nak masuk semester kedua Kasturi sudah berperilaku aneh. Aku nak tahu apa sebabnya. Aku perlu tanya dia. Perlu!

SEMESTER 2Where stories live. Discover now