BAB 1

95 5 1
                                    


Dari pembaringan atas katil super empuk aku bangun dengan hati yang berat. Tangan dibawa menggosok mata bagi menghilangkan kabur. Aku pandang menghadap tingkap. Samar-samar pokok kelapa sawit menjamah mata di luar cermin. Biasalah, rumah kampung. Memang di sekeliling rumah akan ada pokok spesis begitu.

Aku sandar belakang tubuh pada dinding di sebelah katil. Memikirkan perjalanan hidup yang bakal aku lalui sebentar lagi. Hari ini bermulanya hidup aku sebagai seorang pelajar di semester dua. Dan pada hari ini juga aku perlu menjejak kaki ke rumah sewa.

Argh! Hidup sebagai seorang mahasiswa bukan mudah. Banyak benda kena fikir. Bukan setakat perihal pelajaran tetapi hal berkaitan rumah sewa.

Haih! Pihak kolej pun satu. Bukan nak bina banyak kamsis atau rumah sewa khas untuk para pelajar. Bukan semua pelajar itu datangnya dari orang kaya. Kebanyakkan datang dari keluarga B40. Macam aku. Tak kerana aku membuat pinjaman ptptn, tak ada masanya aku mahu menyambung pelajar.

Lambat-lambat aku bangun dari katil. Segala urat pada badan aku regangkan. Fuh! Enak sekali.

Tuala yang tersangkut di paku dinding aku gapai dan letak atas bahu. Dengan langkah longlai, aku keluar dari bilik. Benda pertama aku nampak? Mak aku. Dia tengah tanak nasi untuk makan tengah hari. Lepas ni mesti aku akan rindu masakan mak. Betapa kudus dan asyik air tangan seorang ibu. Tak ada siapa yang mampu menandingi cara mak masak.

"Selamat pagi mak."

Aku menyapa mak yang sedang ralit mengemas kabinet dapur pula. Sudah jadi adat seorang suri rumah rasanya. Tak ada kerja lain selain menjaga aurat rumah. Maksud kata lain, menjaga rumah daripada terus bersepah.

Mak pandang aku. Dia mencekak pinggang. Gayanya seakan mahu membebel. Bibirnya terherot - herot jelas mahu memarahi aku. "Lambat bangun? Dah pukul sepuluh pagi baru jumpa jalan keluar dari mimpi?" Sempat mak menyindir.

Aku tergelak kecil. Belakang leher aku usap perlahan bagi membuang rasa malu. Dalam masa yang sama aku memaki hamun diri sendiri. Apa nak jadi anak dara bangun lewat?

Tapi apakan daya. Semalam aku bertungkus-lumus mengemas barang untuk dibawa ke rumah sewa. Disebabkan itu jugalah aku terbangun lewat sikit hari ni.

"Alah mak... bukan selalu. Lagipun adik kemas barang sampai pukul 2. Itu yang bangun lewat tu." Aku beri alasan.

Badan mak aku peluk kejap. Sengaja mahu melepas rindu. Nak peluk puas - puas sebelum berangkat pergi petang nanti.

"Banyak lah alasan tu. Dah pi mandi. Satgi tolong mak kupaih nyok," ujar mak padaku.

Aku tersengih. Seraya itu, aku mengangguk tanda setuju. Pelukan mak aku lepas dan mula bergerak ke bilik air. Tapi sebelum aku melangkah masuk, aku pusing kembali tubuhku dan...

Cup!

Satu ciuman singgah di pipi tua mak. Terkulat - kulat orang tua itu ketika menerima ciuman dari anaknya. Atau lebih tepat dari mulut orang...

"Haih budak ni! Dengan gigi tak gosok ada hati nak cium orang." Batang penyapu yang terletak elok atas kerusi diambil mahu memukul aku. Tak tunggu lama, aku terus mencicit lari ke bilik air sambil bibir menghembur tawa kuat.

Aku memang suka kenakan mak. Dia seorang sahaja bidadari yang terpahat cantik dalam hati. Andai mak tak ada atas muka bumi ini, memang tak dapat aku bayangkan hidup aku macam mana lagi. Mungkin boleh buat aku hilang akal dan gila.

Cermin bilik air aku pandang sejenak. Wajah aku yang tiada sebarang jerawat dipandang. Cantik. Ceh! Angkat baku sendiri. Haha. Bukan selalu nak puji diri sendiri. Mata aku sedikit sepet. Aku pun tak tahu kenapa mata aku macam cina padahal mata mak ayah besar je.

SEMESTER 2Where stories live. Discover now