34 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

116 6 0
                                    


༺❀༻

Setelah dua minggu Farhana tidak sedarkan diri, farhana buka mata dia lihat sekelilingnya. Biliknya sedikit gelap dan tingkap buka sedikit supaya angin luar masuk ke dalam. Farhana pusing ke sebelah kanannya dan Adam sedang tidur di kerusi. Kerusi tu kecil jadi tak selesa untuk Adam tidur.

Farhana hairan kenapa Adam tidur di kerusi, dia dekat mana? Farhana cuba untuk duduk tapi badan nya terlalu lemah. Dia di hospital ke? itu sahaja yang dia fikirkan.

Farhana cuba untuk bangunkan Adam tapi suaranya tidak keluar tangannya pulak susah nak bergerak. Farhana boleh dengar bunyi monitor di sebelah kirinya jadi dia cuba sesuatu. Farhana tarik nafas dengan dalam dan tahan. Ia tak ambil masa yang lama untuk monitor tu berbunyi. Adam terus bangun bila dengar monitor.

"Kenapa awak tak boleh nafas?" Itulah yang Adam kata. Mungkin dia tak perasan yang Farhana sudah bangun.

Farhana menggelengkan kepalanya dan hembus nafas. Dan jururawat terus datang ke bilik untuk memeriksa Farhana.

"Awak ok? apa jadi?" Kata jururawat itu. Farhana hanya gelengkan kepala.

"Kami perlu periksa sedikit." Jururawat lain berkata. Jururawat terus periksa keadaan Farhana sekarang.

"Dia stable. Semuanya nampak ok." Kata jururawat. Adam hanya berdiri tegak di sebelah.

Apabila jururawat tadi keluar dari bilik, Adam terus memeluk Farhana dan menyembamkan mukanya ke leher Farhana. Farhana suka cara manja Adam padanya.

Adam melihat Farhana dan bibirnya terus ke bibir Farhana. Farhana merasa sudah beberapa hari tidak bersama dengan Adam.

"Sayang ok?" Tanya Adam. Farhana geleng kepala. Adam faham maksud Farhana. "Saya nak sangat kalau boleh saya nk ambil semua rasa sakit awak." Kata Adam dan menyembam wajahnya ke leher Farhana semula. Farhana geleng kepala. Dia tak sanggup lihat Adam macam ni. Cukuplah dia lihat Adam kena tembak dahulu.

"Saya ada something nak tunjuk." Kata Farhana bila Adam berhenti peluknya.

"Saya-" Farhana berhenti bila dia teringat apa Ayahnya buat sebelum dia masuk ke hospital. Farhana lihat ke arah pergelangan tangannya dan lihat gelangnya tiada dan hanya bekas balut luka sahaja.

"Dah tak ada." Kata Adam. "Jantan tu dah bakar gelang tu sekali dengan tangan awak. Sayang, saya mintak maaf. Saya tak jaga awak. Saya gagal jadi suami yang baik." Kata Adam dan Farhana geleng kepala. Tak, dia tak gagal. Adam tak bersalah.

Adam berdiri dari duduk dan lihat ke arah Farhana. Matanya penuh dengan air mata. Adam menangis? Adam mula buat bahasa isyarat pada Farhana. Tapi Farhana tak faham, dia tak belajar sangat bahasa isyarat hanya jadi tak faham apa yang Adam maksudkan.

Adam berhenti beri isyarat bila dia nampak Farhana tidak faham dia. Adam lihat Farhana dengan kesian dan keluar dari bilik. Adam memakai seluar jeans seperti dia dah lama pakai seluar itu. Dia nak ke mana?

Farhana cuba bangun untuk duduk tapi masih tidak boleh. Farhana merasa lemah jadi dia tidur balik.

༺❀༻

Keesokannya, Farhana bangun dan nampak Adam duduk di kerusi. Adam masih duduk di kerusi kecil itu. Ia mesti tak selesa.

Farhana gerakkan tangannya ke lengan Adam. Adam terkejut dari kerusi sebelum dia sedar is hanyalah Farhana.

"Maaf" Kata Farhana. Tekaknya agak kering. Adam ambil botol air dan bagi Farhana minum. Terus tekak Farhana rasa lega.

"Macam mana? awak ok? nak saya panggil doktor?" Kata Adam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now