First Chapter! 01| 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

553 20 0
                                    

𝑭𝒂𝒓𝒉𝒂𝒏𝒂

Kaki aku mula rasa sakit berlari termasuk lah aku baru sahaja habis kelas menari, sudah hampir tiga jam aku berlari dan kaki aku mula lemah untuk teruskan berlari.

"Kau balik sini sekarang!!!" Aku dengar suara lelaki yang aku lari, atau aku boleh katakan Ayah aku.

Aku menolak untuk toleh ke belakang sambil aku lari ke sebuah random bangunan untuk bersembunyi. Ia ambil masa beberapa minit sebelum aku sedar yang aku terserempak dengan club motosikal di bangun tu.

Ada seorang lelaki besar yang sedang duduk di sofa dan di meja. Aku perasan ada dua orang duduk di sofa sebelah pintu masuk yang baru aku lalu. Meraka nampak seiras tapi salah satu dari meraka ada jambang dan rambut sedikit panjang. Dan yang lagi satu tu berambut pendek dan tiada jambang ataupun misai.

Di hadapan aku pulak, dapat beberapa buah gerai dan meja. Ada beberapa orang yang duduk situ. Mereka memakai jacket yang bertulis 'Rider of Lykos' di belakang jacket. Dua orang lelaki bersama perempuan di paha mereka, kedua-dua mereka berambut coklat.

Aku menoleh ke tempat minum seperti bar dan nampak seorang lelaki yang besar melihat aku melalui bahunya. Dia seperti paling besar disini. Rambut dia pendek tapi dia ada sedikit jambang. Mata dia seperti berkilau di lampu sebelum dia menoleh. Perhatian dia ke seorang perempuan yang kecil di hujung. Dia mengandung dan semua lelaki di situ bangun apabila wanita itu datang seperti sedia kalau wanita itu cedera.

"Hai! Boleh saya tolong? Awak nampak takut. Awak lari dari seseorang ke?" Dia melihat ke arah bahu saya ke luar. Wanita itu perasan beg menari saya di tangan dan senyuman dia lebar. "Oh awak penari! Saya harap saya pun boleh menari jugak tapi mak saya tak pernah bagi saya keluar rumah." Wanita itu melihat ke arah perutnya dan membelainya.

"Sayang! berapa kali abang nak cakap jangan lari dari abang bila ada orang datang." Seorang lelaki yang tinggi datang ke arah kami dan aku sudah pasti lelaki itu mesti suami wanita ni. "Siapa kau?" Lelaki tinggi itu tanya sambil memegang bahu wanita itu.

"Oh, saya uh, saya Farhana. Saya tak sengaja masuk kesini. Maaf." Aku berpusing untuk pergi tetapi jalan aku mati bila aku nampak kelibat ayah aku di jalan raya.

"Apa kata awak duduk disini sekejap, saya rasa dia tak berani masuk sini." Wanita mengandung itu kata. "Saya Amelia." Dia kenalkan diri dia.

"Okay." Aku mengangguk. Aku rasa selagi Amelia ada disini aku selamat. Kalau dia selamat waktu mengandung sekarang, aku pun selamat. "Berapa umur awak?" Amelia tanya aku. "Dua puluh satu" Aku kata.

"Oh awak muda" Amelia senyum. "Umur awak berapa?" Aku tanya pada dia. Aku kena tahu pasal mereka semua. "Lapan belas" Dia melihat ke bawah seperti dia malu dengan usia dia, mungkin sebab dia mengandung? "Awak tak nampak macam lapan belas" Aku memujuk dia, lalu dia senyum "Terima kasih."

"Saya ni agak susah untuk berkata tapi apa jadi dengan dahi awak?" Dia menunjuk ke arah luka aku yang sembuh yang dari dahi ke tepi mata kanan aku. "Oh, uh, ayah saya" aku berbisik tapi aku terkejut bila Amelia dengar apa yang aku kata. "Dia ke yang awak lari dari tu?" Dia menunjuk ke arah pintu dan aku angguk.

Aku nampak lelaki yang besar tadi bangun dan pergi. Aku taknak fikir panjang tapi aku rasa dia tak selesa. "Jangan peduli dengan Adam, dia benci pendera lebih-lebih lagi kecewa dengan benda tu." Amelia mengeluh. "Oh saya lupa, ini Alpha. Itu nama panggilan dia di club ni, saya tak boleh lagi bagitahu nama betul dia" Dia menunjuk lelaki yang tinggi di sebelah dia. "Dia suami saya" Amelia senyum.

Tiba-tiba ada seorang perempuan datang dari arah yang sama "Hi! Saya Alia. Awak stay sini ke?" Alia tanya "Rasanya tak. Saya akan cari hotel untuk stay" Aku kata. "Tak, awak boleh tinggal sini, atau rumah kami" Amelia offer pada aku. "Eh, takpe saya taknak buat masalah kat sini" Aku menggeleng kepala. "Tak apa, yang lain boleh jaga awak" Aku lihat mereka dan aku angguk "Baik, satu malam je" Amelia pun senyum bahagia.

𝐓𝐁𝐂





I hope you guys enjoy! Ni first time buat ni😭 klau ada yang salah tolong bagitahu!!

Vote tau klau nk chapter baru!!
Boleh follow ig saya: iraaakkh

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now