19 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

62 5 0
                                    

                                  𝑭𝒂𝒓𝒉𝒂𝒏𝒂

Semalam Adam bangun dengan sakit, dan tak bagi saya pergi dari dia. Amelia sekarang dah ada contraction, abang-abang dia dan suami dia pun dah tak tenang. Doktor pulak sibuk dengan Adam lepastu baru ke Amelia.

"Oh, Adam, kena tunggu sekejap ye, Amelia tengah dalam labor lagi." Kata doktor sambil jengah ke Adam dari balik pintu dan keluar. Aku boleh dengar Amelia menjerit di bilik sebelah.

"Awak nak pergi dekat yang lain ke?" Tanya Adam pada aku. Aku tengah duduk di sebelah dia di katil.

"Hm, saya taknak tinggalkan..." Aku stop cakap. Aku memang nak. Aku nak tengok Amelia ok atau tak. Adam pun masih sakit, aku taknak tinggalkan dia.

"Pergilah." Dia dengan perlahan tolak aku dari katil. Aku pun terkejut tiba-tiba jadi gentle sikit.

"Ok." Sebelum aku bangun dari katil, dia tarik tangan aku dan cium tapak tangan aku. Sejak-sejak ni dia nampak..manja.
Mata aku membuntang besar bila dia cium tapak tangan aku. Kenapa dia cium tangan aku? kenapa tak minta izin aku?.

Dia pun lepaskan tangan aku dengan lembut. Ake senyum malu dan keluar dari situ. Adam gelak kecil bila aku keluar dan pipi aku pun dah mula bahang.

Semasa saya keluar dari bilik, saya nampak Natasha dan yang lain duduk di sofa dengan rapat. Abang Amelia bersandar di tepi pintu. Dan yang lain di tempat lain.

"Macam mana?" Tanya aku.

"Kitaorang tak tahu lagi. Takda sapa pun yang keluar lagi. Amelia dalam labor dah beberapa jam dah." Kata Natasha. Aku angguk dan duduk di sebelah Alia.

"Bodoh, ni benda paling stress aku rasa." Zafeer kata. Dia pun nampak nervous untuk adik dia. Amelia masih muda dan tentulah abang dia akan jaga dia.

"Boleh tak jangan cakap macam tu, tapi aku pun rasa stress." Zane mengeluh.

Dah beberapa jam kami tunggu, doktor pulak ulang-alik dari bilik Amelia ke bilik Adam.

Abang Amelia masuk ke bilik untuk bagi Amelia air. Dan kami tak boleh masuk. Aku pun bangun dan pergi ke bilik Adam. Adam tengah main fon dia bila aku buka pintu. Bila dia perasan aku, dia pun tutup fon dia dan toleh ke arah aku.

"Amelia macam mana?" Tanya dia.

"Hmm, masih sama." Aku kata. Adam tak kata apa-apa. Dia hanya tarik aku ke sebelah dia.

Kami senyap sekejap. Cuma bunyi perbualan Alpha dengan Amelia yang dengar dari bilik sebelah. Aku masih terkejut bila aku rasa sangat sedih bila dapat tahu Adam kena tembak. Cuma Adam je yang aku fikir sekarang.

"Babygirl?" Adam tanya seperti dia nak tahu aku ok atau tak. Memerah pipi aku bila dia panggil nama manja tu.

"Saya cuma fikirkan ayah saya." Aku kata dan mengeluh.

"Jangan." Dia letak tangannya di dagu aku. Dan aku pandang mata dia. "Saya akan settelkan pasal tu." Kata dia.

"Awak dah banyak benda nak risaukan dan sekarang ni awak sakit dan luka." Kata aku. Adam gelengkan kepala dan tarik aku rapat ke dia.

"Saya rasa ok je." Kata dia. Dia tipu dekat aku. Dia mungkin kuat, tapi dia masih manusia.

"Adam, jangan lah tipu dekat saya." Kata aku. Dia tengok muka aku.

Dia membelai rambut aku dari kulit kepala dan ya, ia sangat sedap dan selesa. Aku pun hampir tertutup mata aku.

"Adam Mikhail." Adam bisik. Seperti dia taknak orang lain dengar.

"Adam Mikhail?" Aku tanya dengan terkejut. "Tu..." Aku tunggu dia jawab aku. Dia baru bagitahu nama betul dia dekat aku ke?

"Ya, tu nama betul saya, Babygirl." Dia gelak kecik. "Hanya untuk awak je tahu." Dia senyum.

"Adam Mikhail." Aku sebut sekali lagi. Aku rasa ia selesa dari mulut aku bila sebut perkataan tu. Adam pun rasa macam tu. Tangan dia pegang rambut aku dengan sedikit kuat bila aku sebut. "Saya suka." Aku senyum.

"Awak tak boleh panggil nama tu dekat depan orang, hanya sebut Adam saja." Kata dia dan aku angguk.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. "Oh, Sarah ada ajar saya bahasa isyarat." Sarah kata dia ada belajar waktu dia kecil. Jadi sekarang aku dah tahu kisah dia.

"Yeke?" Dia gelak kecil. Aku angguk dan duduk tegak depan dia.

𝑆𝑎𝑦𝑎 ℎ𝑎𝑟𝑎𝑝 𝐴𝑚𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑏𝑎𝑏𝑦 𝑝𝑒𝑟𝑒𝑚𝑝𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑠𝑢𝑘𝑎 𝑡𝑒𝑛𝑔𝑜𝑘 𝑡𝑎𝑡𝑡𝑜𝑜 𝑎𝑤𝑎𝑘. Aku bagi sign. Adam ada kata dulu dia ada buat tattoo masa first time dia masuk ke club ni dan dia pun ada tunjuk kat aku. Aku masih baru belajar jadi ia ambil masa yang lama untuk buat.

"Awak buat dengan bagus."  Adam tarik tangan kanan aku dan cium tapak tangan aku. Dia selalu macam tu.

"Natasha kata kadang-kadang awak tak suka bercakap jadi saya belajar bahasa isyarat." Aku kata.

"Betul lah tu." Kata Adam. " Tapi saya tak kisah nak bercakap dengan awak." Dia baringkan aku ke dia dan main rambut aku sekali lagi.

Aku tutup mata aku, rasa sangat tenang dengan tangan dia kat kepala aku. Sebelum aku tidur, dia cium di kepala aku dan dia rapatkan tubuh dia dengan aku dan aku pun sudah lena tidur.

                                        𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now