06 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

97 7 0
                                    

Selepas dapat tidur dengan lena, aku bangun pada waktu dinner. Amelia masak sedikit lauk ayam dan ia ayam yang paling sedap yang aku pernah rasa.

Aku dan perempuan yang lain tengah berbual. Aku rasa aku susah sikit nak ke katil mungkin sebab aku nervous?. Kami semua pun tak tahu pasal ayah aku. Kami tak dapat jejak dia, mungkin dia dah lari dari tempat ni.

Sekarang kami duduk di clubhouse bar. Aku duduk dengan perempuan yang lain di kerusi dan yang lelaki duduk berdekatan dengan kami. Alpha, Adh, Adam, Zack, Alif, Zane dan Zafeer duduk disitu. Dan yang lain kawal clubhouse ni.

"Saya tak sabar nak tengok show awak Farhana!" Natasha senyum.

"Yee! saya suka tengok orang menari!" Amelia kata sambil tepuk tangan dengan happy.

"Saya pun excited nak tunjuk kan dekat awak. Saya kerja keras tau sebab nak tunjuk kat awak semua."Aku kata. Menari bukan senang. Mungkin kaki aku kuat tapi aku kena rendam kaki aku ke ice batu setiap lepas practice. Aku juga kena jaga pemakanan dan kalori-kalori.

"Saya pasti awak kerja keras. Saya tak dapat bayangkan apa rasa pakai kasut tu." Sarah kata. Aku angguk.

"Korang nak makan?" Boy tanya sambil dia ke arah kami.

"Mac and cheese!" Amelia kata.

"Sama." Natasha angguk. Begitu juga yang lain.

__

Setelah beberapa hari dan aku masih tak tahu pasal musuh ni. Adam pulak aku tak pernah nampak dia sejak dia pujuk aku hari tu. Aku ada tanya Amelia di mana Adam dan dia tak tahu. Aku pun tanya pada si kembar dan mereka ketawakan aku sebab tanya pasal Adam. Salah ke aku tanya?

"Farhana!" Aku dengar Adh jerit panggil nama aku di seberang bar. Aku pergi ke arah Adh, dia sedang taip sesuatu dekat computer dia. Biasalah hacker kan.

"Ya?" Aku tanya. Dia senyum dan tunjuk something dekat computer dia pada aku. Aku tak tahu apa yang dia tunjuk, bila dia zoom kan. "Ma-macam mana-" Aku tengok gambar tu lagi sekali. "Kenapa dia ada dekat kawasan ni lagi?" Aku tanya.

"Dia ingat dia masih boleh ambil anak dia balik." Alif kata yang berada di sebelah Adh sambil pegang surat khabar. Aku tolak computer tu ke belakang.

"Tak! dia tak boleh!" Aku jerit. Kalau dia dapat aku, hidup aku akan hancur balik.

"Sabar Farhana." Adh ambil balik computer dia.

"Awak tak b-boleh biarkan dia ambil saya." Aku undur setapak sambil tutup bekas luka aku di tangan.

"Kitaorang cuma nak awak tahu je." Alif kata.

"Korang buat apa ni?" Satu suara yang garau dah sedikit kuat di belakang aku. Aku toleh kebelakang dan ia Adam. Mungkin dia baru balik dari misi dia kot.

"Kitaorang cuma bagitahu dia yang ayah dia masih dekat kawasan ni." Adh kata.

Adam sign something dekat mereka berdua. Dia ambil satu langkah ke hadapan dan badan belakang aku di bahagian dadanya. Aku rasa hangat.

"Okay!" Alif kata dan geleng kepala.

"Kami janji ayah awak takkan dekat dengan awak." Kata Adh sebelum pergi.

"Jom." Adam letak tangannya di belakang aku dan tolak aku untuk berjalan ke bilik aku.

Sambil kami ke arah bilik aku, kami terserempak dengan Alpha.

"Adam nanti jumpa aku kat office lepas kau siap." Alpha kata sebelum dia pergi. Adam mengeluh.

"Saya boleh pergi ke bilik saya sendiri. Awak boleh jumpa dia dulu. Tu penting." Aku kata. Adam geleng kepala dia.

"Tak, kau masih nangis dan dia bagi aku masa." Kata Adam.

Setelah kami sampai ke bilik aku, dia pun biarkan aku baring di katil. "Aku tunggu kau tidur baru aku pergi." Kata Adam. Aku tengok dia. "Adam, terima kasih." Aku sebenarnya nak kata aku okay je sorang tapi perkataan lain yang keluar. Aku pun pejam mata aku untuk tidur.

                                       𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now