12 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

78 7 0
                                    

                                 𝑭𝒂𝒓𝒉𝒂𝒏𝒂

Dua puluh minit telah berlalu. Adam masih tak ingin bercakap dengan aku. Dia hanya diam sambil minum. Aku risau kalau dia benci bila aku kat sini.

"Adam, saya tak rasa kalau awak hanya duduk diam dan minum boleh tolong." Aku berkata lembut.

"Kau tahu aku ni panas baran, kan?" Adam tanya. Aku sedikit kelu bila tiba-tiba dengan soalan tu.

"Ya." Aku jawab.

"Kau pun faham yang aku penting dalam club ni?" Dia tanya soalan lagi. Aku sedikit takut bila dia bual panjang dengan aku.

"Ya. Awak orang kanan Alpha." Aku kata. Dia angguk.

"Bagus." Dia senyap sekejap sebelum kata. "Kalau Alpha panggil aku untuk apa-apa, aku kena pergi." Dia explain.

"Adam, saya tahu. Yang lain ada bagitahu saya tentang club ni. Kenapa awak tanya saya semua soalan ni?" Tanya aku.

"Aku akan balik ke club house. Aku tunggu lima minit, kalau kau tak keluar, aku pergi." Adam kata dan pergi. Aku pandang dia bila dia tinggalkan aku.

Aku ada salah kata ke? Aku dah bagitahu dengan perempuan lain ni tak bagus.

Aku bangun dan ikut dia ke luar. Dia pun dah ada di bike. Tapi dia tak duduk di bike.

"Adam, saya tak boleh naik dengan awak." Aku kata. Dia pandang aku dengan tajam.

"Kenapa tak boleh?" Dia tanya. Dia nampak kecewa.

"Awak baru je lepas minum benda tu. Awak tak boleh naik bike dengan keadaan awak macam ni." Aku silang tangan ke dada.

"Bukan first time aku macam ni." Dia kata.

"Adam, saya pasti ayah Amelia ada banyak bilik kat rumah dia ni." Kata aku.

"Risau ke?" Tanya Adam. Aku tak tahu dia sengaja tanya atau tak sengaja.

"Of course lah saya risau. Awak nak bawak bike dengan keadaan awak yang macam ni." Kata aku. Kalau Adam cedera, aku akan salahkan diri aku.

"Naik bike Farhana." Kata Adam.

Adam mula start enjin bike nya dan tunggu. Aku, aku saya tetap berdiri taknak bergerak. Aku pandang dia.

"Naik Farhana. Aku bawak kau balik ke clubhouse." Kata Adam. Macam dia tengah merayu kat aku je. Apa yang penting sangat nak aku naik?

"Ok, jangan jatuh." Aku kata sebelum naik ke bike.

"Takkan." Adam kata sebelum gerak.

Dia bawak laju ke clubhouse. Ia sangat seronok, tapi menakutkan. Aku ingatkan kami senang terlanggar dengan lampu kereta kerana terlalu terang tapi tak. Setiap kali ada lampu kereta yang terang dia akan pegang aku untuk pastikan aku selamat.

Bila kami dah sampai ke clubhouse, aku bertuah aku masih hidup. Seronok bila naik bike tapi aku tak suka bila ia terlalu laju.

"Masuk." Adam suruh.

Aku ikut arahan dia dan masuk dalam clubhouse. Ia kosong, hanya kerusi dan meja kosong sahaja. Alpha mungkin takda.

"Mana semua orang?" Aku tanya dia. Dia jalan dan duduk di kerusi bar.

"Rumah masing-masing atau bilik." Dia kata. Aku angguk dan duduk di sebelah dia.

"Kenapa awak tanya semua soalan tu?" Aku tanya dia.

"Nak pastikan kau faham." Kata Adam.

"Saya faham. Tapi kenapa? Saya akan join club ni ke?" Tanya aku.

"Alpha akan buat tu." Adam nampak tak suka dengan subjek ni, dia mungkin taknak bercakap.

"Saya tinggalkan awak sini seorang." Aku mengeluh dan turun dari kerusi. Aku pasti dia taknak bercakap.

Aku mula jalan ke arah bilik aku bila Adam pegang lengan aku. Aku terkejut dengan tindakan dia dan pandang ke arah dia. Dan dia hanya senyap.

"Adam?" Aku tanya.

"Aku tanya soalan tu semua nak kau tahu kalau kau ada terfikir nak ada relationship dengan ahli club ni." Kata Adam.

Tak sangka pulak dia tanya aku. Aku pun tak kenal sangat dengan semua orang kat sini. Kalau aku jujur dengan diri aku, aku akan pilih Adam dari biker yang lain.

"Adam, takda sapa yang nak saya jadi girlfriend diaorang." Kecuali awak. Aku fikir sendiri.

Adam tarik tangan aku, jadi aku dekat dengan dia. Dia letak tangannya ke pinggang aku.

Aku tengok dia macam dia ada sesuatu nak buat. Sebelum aku react, kedua tangannya ke pipi aku. Aku sedikit terkejut. Dia jenis orang yang senang-senang nak pegang orang.

Ia ambil beberapa minit sebelum dia memeluk aku. Ah, dia boleh peluk rupanya.

Aku hanya biarkan dia memeluk aku walaupun ini first time aku dipeluk oleh orang. Sebelum ni aku tak terfikir nak peluk dengan tapi dengan Adam, aku hanya biarkan.

Dia mengusap rambut dan kepala aku dengan perlahan. Aku tersentuh dengan tindakan dia.

Setelah beberapa minit, dia lepaskan pelukan dan tangannya di pipi aku sekali lagi. Dia pandang aku dengan serious. Dia suka ke? Aku tahu aku suka.

"Farhana, awak ok kan saya peluk awak?" Dia kata. Dia kata awak saya? Sebelum ni hanya kau aku tapi sekarang...tak.

Aku angguk. "Saya suka." Kata aku. Adam ketawa kecil.

"Saya pun." Kata Adam. Dan kami berdua senyum.

                                      𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now