03 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

159 9 0
                                    

𝑭𝒂𝒓𝒉𝒂𝒏𝒂

Sudah tiga hari aku tinggal di hotel. Masalahnya sekarang diaorang jumpa aku. Aku tahu diaorang ada hacker tapi secepat ni? Aku pun tak sempat nak jalan-jalan dekat kawasan ni.

Aku tengah syok minum kopi, dengan tiba-tiba aku dengar bunyi motor yang kuat dari luar kafe, aku harap hanya orang biasa saja tapi tak. Diaorang hantar Adam. Banyak-banyak orang kenapa dia?. Aku nampak dia tengok aku dari luar tingkap seperti suruh aku keluar dari situ. Aku mengeluh dan keluar.

"Saya dah kata saya tak nak buat masalah dekat club, korang pun dah dengar." Aku kata.

"Jom." Adam kata sambil pakai cermin mata hitam. Dia nampak hot. Tak, aku tak boleh suka dia.

"Bagitahu Amelia saya okay." Aku kata sebelum aku jalan arah lain. Hotel aku arah lain tapi aku jalan arah lain.

"Naik bike ni sekarang Farhana." Adam kata dengan serious. Aku tahu Adam seorang yang orang tak pernah cari gaduh, mungkin sebab terlalu garang? dan sebab tu aku tak nak naik dengan dia. "Bye!" Aku lambai sambil aku jalan balik.

Dia mula start enjin motor dia. "Aku kata naik Farhana." Adam kata dengan ganas. Aku boleh agak yang dia tengok aku dari cermin mata dia. Aku tengok dia dan mengeluh. "Okay, tapi saya tak pernah naik bike sebelum ni." Aku kata sambil buat muka. "Duduk je belakang aku tangan kau tu letak kat pinggang aku." Adam bagi arahan.

Aku pun naik atas bike dia, aku boleh katakan bike dia cantik berwarna hitam. Aku teragak-agak nak pegang pinggang dia. Dia bukan orang yang aku dekat atau kenal, sambil aku berfikir tangan aku diambil oleh dia dan letak di bahagian pinggangnya. Dan kami pun mula perjalanan.

Ia ambil tiga puluh minit untuk kami sampai ke clubhouse. Amelia tunggu dia luar bersama suaminya Alpha dan Alia semasa kami sampai. Amelia pun jalan ke arah aku dan peluk aku, rasa pelik sikit sebab perutnya yang besar. "Saya risau tau kalau ada apa-apa jadi dekat awak bila awak tak balik dari kelas menari awak hari tu." Amelia kata.

"Saya tak nak buat masalah dekat sini." Aku confess. " Kami semua boleh tengokkan ayah awak tu. Yang kami risau ialah awak." Aku terus nampak ada orang yang lebih tua join kiteorang. "Ayah! ni Farhana." Amelia kenalkan aku. Oh, jadi ni ayah Amelia.

"Hai, Farhana." Ayah Amelia senyum. "Terima kasih bagi saya stay sini." Aku senyum. "Okay! jom bawak beg awak masuk dalam."Sini bagi aku bawak." Adam ambil beg dari Amelia bila nampak dia struggle bawak.

"Sayang, bilik dah siap." Alpha bagitahu. Aku cuma kenal Alpha, Adam dan ayah Amelia saja yang tahu. "Okay! jom tengok bilik awak." Amelia tarik aku ke bilik yang diaorang sediakan.

Aku perasan betapa besar clubhouse ni dan banyak bilik setiap tingkat. Amelia tunjuk pintu bilik dan bukanya. Aku lihat bilik yang berwarna putih. Katil yang besar, dan rak baju yang besar. Ia simple tapi cantik. "Lawa." Aku bagitahu fikiran aku.

"Okay! kiteorang bagi awak rehat dulu. Saya mungkin ada dekat bawah, kalau takda mungkin yang lain atau Alia ada kat bawah." Amelia tepuk bahu aku sebelum pergi.

Aku tengok sekeliling bilik dan tutup pinti bilik. Aku ambil beg menari aku dan pakai. Menari selalu buat aku tenang. Selepas aku pakai kasut, aku mula menari. Sambil aku menari, fikiran aku ke ayah aku datang. Aku teringat kata-kata dia, aku takut kalau dia cederakan Amelia.

Aku mengeluh dan buka kasut menari aku. "Sekurang-kurangnya Cikgu Zaida bangga." Selepas siap buka kasut, aku terus ke katil dan baring dan cepat-cepat aku tutup mata.

𝐓𝐁𝐂

Best tak? ke tak best?

Chapter baru tk tahu bile boleh post, isyaallah kalau sempat hari ni saya buat hari ni❤️

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now