33 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

81 2 0
                                    


༺❀༻

Sudah satu minggu sejak Farhana duduk bersama ayahnya. Farhana pula rajin ke kelas menarinya setiap hari kecuali hari Ahad dan Rabu.

Ayah Farhana tak pernah bagi dia keluar bilik seminit pun, dan hanya bagi pada waktu lapan pagi dan lapan malam. Farhana juga kena bangun setiap enam pagi.

Walaupun sudah satu minggu dia duduk bersama ayahnya, Farhana gembira. Gembira setiap kali pandang cincin kahwinnya dan gelang. Farhana tidak pernah tunjukkan ke ayahnya. Dia tahu jika ayahnya nampak, dia akan pukul Farhana jika tahu tentang gelang dan cincin itu. Ayahnya tidak tahu tentang Farhana sudah berkahwin.

Hari ini ayahnya ingin keluar dan bawa Farhana sekali. Farhana dipaksa memakai baju yang cantik. Ayahnya beri gaun yang panjang dan berwarna biru gelap, ia agak ketat tapi menutup lengan dan menutup bahagian kaki. Farhana tak ada pilihan dan terpaksa ikut kata ayahnya. Gaunnya sedikit mewah, mungkin ayahnya ajak ke tempat yang sedikit mewah.

"Dah siap?" Ayah Farhana panggil dari luar biliknya. Farhana mengeluh, dia tak ready nak keluar. Dia hanya nak barimg dan pergi jauh dari ayahnya. Dia balik pada Adam.

Farhana buka cincinnya dan letak di bag. Ayahnya takkan cari disitu jadi lebih selamat hanya letak disitu.

Farhana ketuk pintu dan pintu pun terbuka beberapa minit kemudian. Ayahnya berdiri di hadapannya dengan sut hitam. Mereka nak kemana sebernanya? lagipun baru pukul dua petang.

"Jom." Ayah Farhana kata dan mereka berdua turun ke bawah. "Apa tu?" Tanya ayah farhana. Alamak!

"Apa.." Kata Farhana dengan takut.

"Tu dekat tangan tu." Tanya ayahnya. Farhana lihat ke tangan nya. Tak...dia lupa nak cabut gelangnya! macam mana boleh lupa ni!?

"Um.." Farhana tak tahu nak kata apa pada ayahnya. "Bagi aku tengok." Ayahnya datang ke arah farhana dan tarik tangan farhana dan lihat gelang itu.

"Apa benda ni! bila kau buat gelang ni!? siap ada nama ni! bila kau buat!" Tengking ayah farhana padanya.

Farhana pandang dengan marah. "Suka hati Ana lah nak buat apa pun." Kata Farhana. Dengan tiba Farhana baring di lantai.

"Kurang ajar! Kau memang nak kena! kau ingat mak kau happy ke bila dia tahu!?" Ayahnya menjerit dengan kuat. Kenapa ayahnya tak pernah sayang dia macam ayah orang lain?

"Dia akan happy, Ana pun happy!" Lawan Farhana.

"Kau pergi duduk kat dapur sekarang. Tunggu aku kat situ." Ayah farhana tunjuk ke arah dapur dan Farhana pun pergi ke dapur dan duduk di kerusi. Farhana tak tahu apa yang ayah dia akan buat tapi dia tahu mungkin dia akan diseksa lagi. Paling teruk sebelum ni pun dengan pisau. Tapi Farhana dah biasa dengan pisau.

"Kita selesaikan masalah ni." Farhana dengar suara ayahnya dari atas dan pergi ke dapur. Ayahnya membawa sesuatu. Ia bawak...tak! tak mungkin! ayahnya bawa 'blow torch!' Dia nak buat apa dengan benda tu?

"Nak buat apa dengan tu?" Tanya Farhana. Ayahnya hanya senyum.

"Kau dah buat salah, kena denda lah." Ayahnya senyum sambil berkata.

"Tak! Ana janji Ana buang gelang ni. Ana tak sengaja nak beli gelang ni!" Farhana melawan balik. Macam ni boleh di panggil ayah? Dia nak bakar kulit anak dia sendiri ke!?

"Sakit sikit je. Tak banyak." Ketawa ayah Farhana bila kata begitu. Gila!

Ayahnya cuba blow torch itu sambil ketawa bila api keluar pada blow torch itu.

"Tolong lah, dekat studio ada je orang pakai gelang." Pujuk Farhana.

"Diaorang bukan kau." Kata ayahnya balik. Ayahnya datang dekat pada Farhana dan nyalakan blow torch itu. Farhana terkejut dan bangun dari duduk. Dengan pantas ayahnya dudukkan Farhana balik dan baringkan lengan Farhana di kaunter dapur. "Jangan gerak!"

Farhana tutup mata bila ayahnya menghalakan benda itu ke lengannya.

Farhana menjerit sekuat-kuatnya dia meja. Dia merasa lengannya seperti hampir koyak dan air matanya mengalir dengan laju. Dia merasa sangat sakit. Dia tak dapat bertahan untuk bangun. Perkara terakhir dia nampak adalah api di berdekatan dengan meja. Kemudian semuanya jadi gelap.

༺❀༻

"Aku rasa dia ada kat dalam." Kata pemuda itu. Ia adalah Adh.

Adam yang berasa sangat risau walaupun mereka semua sudah sampai tapi Adam masih risau pada Farhana. Dia hanya memerhati rumah Farhana dari jauh.

Mereka semua berjalan kaki ke arah rumah itu dan tidak sempat ke rumah itu, ada asap muncul dari rumah Farhana. Separuh dari rumah Farhana terbakar.

"Sayang!!" Jerit Adam. Adam campak pistolnya dan lari ke arah pintu rumah. Boy dan Adh jerit memanggil Adam untuk berhenti, tapi Adam membiarkan sahaja.

Adam cuba buka pintu tapi ia terkunci. Adam pun terpaksa tendang sekuatnya dan akhirnya pintu terbuka. Adam lari ke ruang tamu, bilik, dia tak jumpa Farhana. Adam turum ke bawah ke stor dan masih tak jumpa Farhana.

"Aku dah masuk!" Kata Adh bila dia dah masuk ke dalam rumah.

Adam sambung mencari Farhana ke arah pintu belakang rumah, dan Adam berhenti apabila dia nampak seorang terbaring di lantai dapur berdekata dengan api-api di sekeliling. Adam tahu itu Farhana.

Adam berjalan ke arah Farhana dan dukung Farhana dan bawa lari ke luar rumah. Adam baringkan Farhana ke tanah dengan perlahan.

"Adh! Boy! tolong aku!!" Suara Adam seperti lemah, lemah sebab Farhana jadi macam ni. Farhana dia sakit, dan tangan pula di bakar. Adam perasan gelang Farhana pun sudah hancur. Gelang tu dia tak pernah nampak, jadi dia tahu Farhana mesti pernah terpikir nak bagitahunya.

Adam genggam erat di seluarnya sambil air matanya jatuh. Dia nak ambil semua kesakitan isterinya, dia nak Farhana baik.

"Adam!" Boy datang ke Adam dan duduk di sebelah Adam. Terbeliak mata Boy dan Adh bila nampak lengan Farhana dibakar.

"Jom, kita ke hospital!" Jerit Zack yang baru sampai. "Bawak Ana ke van." Dengan cepat Adam bawa Farhana ke van. Adam letak Farhana di belakang dan dia duduk di sebelah Farhana sambil memeluk Farhana dengan erat.

"Sayang, please. Tolong jangan jadi apa-apa. Please." Nangis Adam. Adam yang tidak pernah menangis sebelum ni menangis hanya sebab wanita bernama Farhana.

"Sabar Adam, dia perlukan kau sekarang ni." Kata Zack dari depan.

Adam cuba tenangkan dirinya sendiri. Ya, Farhana perlukan dia sekarang ni.

Bila mereka sudah sampai di hospital, Adam dengan cepat masuk ke dalam. Doktor pun baringkan Farhana di katil dan jauhkan Adam dari Farhana. Suhu badan Farhana tinggi sampai tahap ketiga panasnya.

Adam berdiri di luar dengan Zack, Zack menyuruh Adam untuk duduk dulu tetapi Adam hanya abaikan saja.

"Yang lain tengah cari ayah dia kalau kitaorang dah dapat dia, kau buat apa kau nak buat." Kata Zack.

"Aku memang akan bunuh laki tu." Kata Adam dengan marah.

"Haa kenapa??" Kata Zack di telefon. Adam tak pasti apa yang Zack bualkan tapi ia nampak serious. Zack matikan fonnya dan jalan ke arah Adam.

"Kat mana?" Adam tanya pada Zack. Zack nampak tak faham. "Kat mana laki tu." Tanya Adam lagi.

"Diaorang masih cari. Tunggu je." Kata Zack. Adam duduk di kerusi dan tunggu doktor keluar.

Dia hanya fikirkan Farhana sahaja. Dia harap tak ada apa-apa yang serious jadi pada Farhana. Dia akan tunggu Farhana ok dan bangun.

𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now