8

1 1 0
                                    

THE KINGS.

“Hm…” artikel dibaca teliti.

-----
JIVARI – Kematian ahli politik, YB Yew Guan Loong beberapa minggu lalu menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat di negeri ini. Walaupun bagaimanapun, tiada sebarang sidang media atau kenyataan dibuat oleh pihak berkuasa bagi mengulas berhubung perkara ini.

Hari ni, pihak kami mendapat suatu kenyataan berhubung isu kematian YB Yew Guan Loong daripada salah seorang ahli pasukan penyiasatan yang tidak mahu identitinya dikenali. Ahli pasukan penyiasatan tersebut memberitahu bahawa kes kematian wakil rakyat daerah Jivari Tengah adalah disebabkan oleh dibunuh oleh seseorang dan bukannya membunuh diri.

Beliau mengulas lanjut, penemuan dua bidak raja(king pawn) di tempat kejadian menguatkan lagi andaian bahawa YB Yew Guan Loong dibunuh oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya. Tambahan lagi, tiada sebarang senjata tajam ditemukan berhampiran mangsa yang berada jauh dari kawasan penemuan bidak raja.

Suspek yang digelar sebagai ‘The Kings’ itu dianggap sebagai kenalan rapat YB Yew Guan Loong sendiri memandangkan kesan kelaran pada leher mangsa adalah kesan dan tiada kesan pergelutan pada tubuh mangsa. Motif pembunuhan juga masih tidak jelas.
Justeru orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika merasakan bahawa diri diekori atau diperhati dari jauh.
-----

Bibir mengukir senyum nipis. Nipis, tapi sinis.

“Tak ada motif. Hm…” tak ada pula media membongkar kes kematian seorang lagi yang berada beberapa langkah dari tempat kematian YB Yew.

Dia merengus. Sudah jelas bahawa media dimanipulasi, menulis sesuatu hanya untuk reputasi. Tiada yang lebih daripada itu. Mereka lebih memilih untuk berdiam diri jika kes yang serupa terjadi, tetapi tidak terjadi kepada orang-orang penting. Mereka hanya mahukan nama.

Oh, nama.

Dia menyeringai. Dia tak pilih lagi nama. Nama yang dia guna sekarang terlalu kolot. Dia tak mahu guna nama ini lagi.

Dia mahu nama yang menarik, yang menggambarkan dirinya – baik secara literal atau tidak literal.

Tapi bukan sekarang! Nama itu tiada makna jika dia memilihnya sekarang. Dia harus membunuh dulu, sebelum memilih nama.

Ya, membunuh. Ah…menariknya perkataan itu. Kedengaran manis di telinga.

@-^--

Jeng, jeng! Saya bagi sneak peek sikit tentang The Kings. Akhirnya ada juga nama untuk pembunuh tu, kan? Hm... Korang rasa kenapa dia membunuh? Dia yang dia nak? Siapakah dia? Kalau nak tahu kenalah sampai habis cerita ni.

Apa-apa pun, jangan lupa vote, comment and share. Jumpa lagi update seterusnya.

Sebelum terlambat, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin! Jangan terlebih makan, ya!. Makanlah berpada-pada.

'Til next time!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAQABIRWhere stories live. Discover now