2

10 4 0
                                    

TANGAN dipanjangkan mencapai objek di dalam mesin basuh itu. Dia dan Evelin saling berpandangan, lalu melirik kepada pegawai di belakang mereka. Hanya kata maaf keluar dari mulut pegawai itu - jelas menunjukkan kekesalan kerana leka dengan bahan bukti.

"Tolong hantar pergi HQ," pegawai itu sekadar akur dengan arahan Evelin. Beg berzip hazard dicapai. Objek dimasukkan ke dalam beg itu sebelum ditampal pelekat maklumat.

"Kenapa pawn?"

"Kebetulan?"

"Tak tahu pula pawn kena basuh dalam mesin basuh"

Evelin mengangkat senyum nipis.

"Mungkin pawn tu melambangkan YB Yew"

"Sebab?"

"Dia berkuasa terlalu lama, sampai dia terlalu selesa dengan kedudukan dia," Evelin mengangguk seolah-olah bersetuju dengan pendapat sendiri.

"You tahu kan, setiap kali ulang tahun kelahiran ke, ulang tahun menduduki takhta ke; orang selalu cakap, long live the king. Jadi bila seseorang raja tu dah lama duduk atas takhta, raja tu bukan lagi king pawn pada papan catur. Sebab raja tak dikawal orang lain dah, dia berkuasa atas diri dia sendiri, dan akhirnya melawan peraturan yang ada?" panjang Evelin berhujah, hanya untuk Lutfi terasa benak.

"Apa kaitan dengan YB Yew?" subgguh dia tak faham apapun yang diucapkan Evelin sebentar tadi.

"Kalau pawn tu melambangkan YB Yew, kenapa bukan pawn bishop?"

"Bishop tak seterhad king. Bishop boleh bergerak lebih daripada king sendiri. Tapi, bishop tak sepenting king, sebab tu dia boleh bergerak lebih banyak. Kalau bishop mati, tak ada siapa kisah. Tapi kalau king mati..."

"Checkmate," baru Lutfi mengerti.

"Dalam konteks YB Yew, selain menunjukkan kuasa dia sebagai wakil rakyat. YB Yew adalah seseorang yang penting dalam kawasan yang dia jaga," kini baru jelas apa yang Evelin cuba sampaikan.

"You asal sini, kan?" Lutfi menyoal Evelin.

"Yup!"

"Sepanjang khidmat YB Yew, ada ke apa-apa yang YB Yew buat yang menyebabkan orang tak puas hati dengan dia?"

"Setakat I tahu, tak ada pula. Semuanya okay"

"Jadi apa poin YB Yew dibunuh kalau dia buat kerja?" Evelin dah buka separuh mulut untuk menjawab persoalan itu, namun terjeda.

"YB Yew bukan orang baru dalam politik, kan? Kalau YB Yew nak sangat kuasa, kenapa dia tak jadi calon Pilihan Raya Utama? Dengan khidmat dan pengaruh yang dia ada, senang untuk dia dapatkan jawatan Presiden. Tapi kenapa dia kekal jadi wakil rakyat peringkat kawasan saja? Tak rasa pelik ke?"

Evelin masih diam.

"I rasa, YB Yew kena bunuh bukan sebab politik. Sebab sesuatu yang YB Yew tahu"

SEBAIK kaki melangkah keluar dari lobi, terus saja mereka dikerumuni para wartawan yang masih setia menunggu bagi mendapat berita dari dalam. Lutfi menoleh ke arah Evelin yang bergaya selamba melangkah ke keretanya tanpa menghiraukan wartawan yang mengekorinya dari arah belakang.

Destinasi mereka setelah itu - ke balai polis daerah.

"Ada apa-apa berita?" Evelin yang sedang memandu memecahkan kesunyian antara mereka. Sempat juga dia menjeling ke arah Lutfi yang ralit menekan-nekad skrin telefon.

MAQABIRWhere stories live. Discover now