18

23.5K 1.8K 359
                                    

Belum sempat van tentera berhenti tepat di hadapan lobi hospital, Aqib sudah melompat turun. Dia berlari anak menuju ke arah lobi dan terus ke arah lif hospital. Tangan bercekak si pinggang menunggu lif tiba.

Ting!

Saat pintu lif terbuka, tiada sesiapa di dalam. Tak menunggu Aqib terus meluru masuk. Tombol lif ditekan terus menuju ke tingkat menempatkan abangnya.

Tak lama, lif kembali terbuka menandakan sudah sampai ke tingkat yang ingin dituju. Kaki terus diatur menuju ke susur jalan kiri. Dari jauh dia sudah dapat menangkap bilik wad menempatkan Baihaqi. Hampir beberapa langkah, dia lihat satu susuk berjubah putih keluar dari bilik itu.

Aqib terus menerpa.

"Macam mana keadaan Baihaqi?" Kedua belah bahu Afya dipegang kemas. Jauh mata Baihaqi menikam ke dalam mata Afya.

"Baihaqi?" Afya soal kembali.

"Dia baik-baik je kan? Dia masih ada peluang kan? Tolong..." Tak semena-mena Aqib menitiskan air mata. Tangannya di bahu Afya terketar-ketar dan perlahan-lahan melemah lantas jatuh ke sisi kembali.

"Encik Aqib, cuba encik bawa bertenang..."

"Saya sayang dia, doktor. Dia satu-satunya abang saya. Tanpa dia, hidup saya dah tak ada makna... Saya hidup sejauh ini untuk dia dan Hessa. Tolonglah cakap dia masih ada peluang." Aqib teresak-esak sudah tidak peduli pandangan doktor itu. Siapa tidak sedih, berminggu-minggu dia berkhidmat untuk negara tanpa telefon bimbit untuk dia tanya khabar abangnya. Hanya tuhan sahaja yang tahu setiap detik dia teringatkan Hessa dan Baihaqi di sini. Hampir setiap malam wajah merekalah yang menjadi penghuni mimpinya. Semalam saat dia balik ke pengkalan dia dapat khabar yang abangnya sedang tenat.

Hati rapuhnya akhirnya kalah. Sisi lemah yang selama ini dia tak akan tunjuk di hadapan orang lain akhirnya terluah di hadapan Afya.

"Saya faham perasaan awak, tapi cuba awak bertenang dulu..." Perlahan suara Afya memujuk. Bahu Aqib ditepuk-tepuk.

Aqib angkat pandangannya memandang Afya. "Macam mana saya nak bertenang? Saya cuma..."

Tak sempat dia habiskan ayat, Aqib terjeda melihat sosok sedang memeluk tubuh bersandar pada dinding pintu. Beberapa kali dia mengelipkan mata. Tak puas hati dia gosok pula matanya dengan jari telunjuk.

"Siapa cakap kat kau yang aku nak mati ni?" soal Baihaqi datar.

Aqib tercengang. Dia pandang wajah Afya yang sudah merah mengemam bibir. Mungkin sedang menahan tawa dek geli hati.

Kemudian dia pandang Baihaqi kembali "Abang... kau...?"

Baihaqi putar bola mata. "Malu lah aku ada adik cengeng macam ni. Cakap askar, takkan depan doktor pun teriak."

"A...abang." Aqib ketap gigi.

"Ya, Encik Aqib. Siapa cakap yang abang encik tak ada peluang ni?" Afya senyum kecil. Bangga kerana segala hasil usahanya, dia dapat selamatnya nyawa abang lelaki cengeng itu.

"Tch!" Selangkah demi selangkah Aqib maju ke hadapan lantas dia meluru memeluk tubuh abangnya. Wajah disembam di bahu Baihaqi menahan sebak yang sekian lama dia tahan.

"Sudahlah tu. Kau ni lagi manja daripada Hessa! Malulab Doktor Afya tengok!" Membebel pun tangan Baihaqi tetap bergerak-gerak mengusap belakang adiknya.

"Mana budak Hessa tu? Memang cari pasallah!" Aqib lerai pelukan. Kepala terjenguk-jenguk mencari Hessa.

"Dia tak datang lagi."

"Pandai dia mengelat eh!" Aqib menderam geram.

Dia pandang Baihaqi kembali. Pipi Baihaqi dicekup dengan tangan. Walaupun sedikit pucat dan cekung, wajah abangnya sudah ada warna. Harapan yang dulu pudar kembali bercahaya. Syukurnya Aqib saat itu hanya tuhan sahaja yang tahu.

SEIFWhere stories live. Discover now