BARU sahaja Hessa ingin menyua gelas air coklat panas ke mulut, wajahnya berkerut menahan sakit apabila buku lalinya ditekan dan kakinya dipusing mengejut oleh doktor perempuan itu.
"Auw! Auww!" Hessa tak dapat tahan dari mengeluarkan suaranya.
Seif yang sedang memeluk tubuh memerhati Afya merawat kaki Hessa mengangkat pandangan melihat wajah gadis itu. Dia lihat wajah cerah perempuan itu sudah bertukar merah. Ada sedikit air jernih bertakung di tubir mata. Mungkin sedang menahan tangis. Tadi Hessa tak mengaduh sakit, sekarang bila Afya memusing-musing pergelangan kakinya baru dia menjerit sakit.
"Sakit?" Afya dongak memandang Hessa.
"Sakit." Hessa angguk kepala. Sudah tak ada selera ingin minum air, dia hulur mug kepada Seif. Spontan Seif mencapai dan meletak mug itu di atas meja di sisi katil.
Afya sempat memandang dengan hujung mata. Kemudian dia menunduk. Seif tak pernah buat air untuknya. Kini dia cemburu. Seif berduaan bersama perempuan itu, siap dibawa ke penthouse miliknya sedangkan Afya sendiripun tidak pernah jejak kaki ke situ inikan mahu berbaring di atas katil lelaki itu.
Apa hubungan mereka berdua sebenarnya?
"Kaki awak seliuh. Macam mana boleh seliuh?" soal Afya sedikit datar nada suaranya. Pandangan kembali diangkat memandang Hessa.
Renungan dingin itu buat Hessa takut untuk berbicara dan dia pandang Seif, berharap lelaki itu menjawab bagi pihaknya.
Hessa takut doktor!
"Dia tak biasa pakai heels." Ringkas Seif menjawab bagi pihak Hessa.
Hessa hela nafas lega. Sekarang dia rasa seperti berada di hadapan seorang ibu dan seorang ayah. Ayah yang baik, ibu yang garang. Macam comel pula pasangan ni. Untung siapa jadi anak dorang nanti.
"Macam mana dia boleh ada dalam penthouse awak?" Afya menyoal lagi.
Kali ini tak mungkinlah Hessa tidak faham. Soalan itu berbaur cemburu. Salah jawab, boleh bergaduh love birds itu nanti.
"Tuan Seif cuma tolong saya! Tadi saya hampir jatuh kat depan toilet, kebetulan Tuan Seif ada kat situ. Dia tengok saya sakit, lepastu dia bawa saya ke sini." Hessa terus mencelah perbualan itu. Dia tidak mahu angkara dia, pasangan itu bergaduh pula.
"Bawa ke sini macam mana? Dia dukung awak?"
Hessa terdiam meneguk air liur. Dia harus menjawab dengan hati-hati. Salah jawab, Seif yang jadi mangsa nanti. Pilihan jawapan yang dia ada.
A) Saya jalan sendiri.
B) Saya merangkak.
C) Tuan Seif heret saya.
D) Saya pakai kerusi roda."Eh, tak ada lah. Saya jalan sendiri je." Setelah itu Hessa sengih. Bangga memilih jawapan A.
Tanpa dia sedar, dia salah memilih jawapan. Jawapannya tidak masuk akal sama sekali. Bagaimana perempuan itu boleh berjalan sampai ke penthouse Seif dengan kaki seperti itu?
Afya terus memandang Seif meminta jawapan. Tapi lelaki itu sepertinya tak berminat dengan topik itu.
"Macam mana nak sembuhkan dia?" Seif tukar topik. Dia lebih risaukan kaki Hessa yang bengkak dan sakit itu daripada salah faham di antara mereka.
"RICE," jawab doktor muda itu.
"Tampal nasi kat sini ke, doktor?" Hessa terpinga-pinga. Menunjuk kakinya yang bengkak. Nampak sangat bodohnya di situ.
"Rest, Ice, Compression, Elevation."
"Ohh.... Tak faham." Hessa terus terang.
"Buat masa sekarang kena banyak rest. Jangan pakai kaki. Nak cepat sembuh letak ice dekat bahagian bengkak tu. Compression maksudnya, balut untuk kurangkan bengkak dan sakit. Elevation, letak kaki di aras lebih tinggi untuk biarkan bengkak surut lebih cepat. Faham?" Jawapan paling ringkas Afya bagi kepada Hessa sambil dia balut kaki gadis itu. Pandai-pandailah dia rawat sendiri kaki itu.
YOU ARE READING
SEIF
RomanceBermula dari janji dan kepercayaan, masa depan seorang gadis dipertaruhkan oleh ayahnya sendiri. Si abang yang buntu mengambil pilihan mencari pelindung buat adiknya.