11

13.8K 2K 263
                                    

"Masuklah."

Penuh kekok Aqib masuk ke dalam bilik doktor muda itu. Dia lihat doktor bertag nama Afya itu menanggal jubah putih pada tubuh genitnya lantas disangkut pada satu penyidai kayu antik di dalam bilik itu.

"Silakan duduk encik—" Afya pandang wajah Aqib.

"Aqib," sambung lelaki itu. Dengan suara agak garau. Sesuailah dia askar.

"Encik Aqib, silakan duduk. Saya kana terangkan macam mana keadaan Baihaqi sekarang, dari A sampai Z." Tenang Afya menghidupkan PCnya sambil Aqib menarik kerusi duduk di hadapan meja kerja gadis itu.

"Okay, Encik Aqib, saya akan explain lebih detail. Daripada pemeriksaan saya tadi, apa yang dapat saya simpulkan sendiri, abang awak mengalami apa yang kita panggil sebagai penetrating abdominal trauma. Maksudnya ada objek tajam yang telah menembus perut dan mungkin mengenai organ dalaman lalu boleh menyebabkan pendarahan internal." Mata Afya fokus pada skrin PCnya. Mencari gambaran di internet untuk mudahkan Aqib faham.

"Macam ni, abdominal trauma ni..." Baru Afya nak pusing PCnya pada Aqib, dia kalih mata ke ke depan dan tiba-tiba lelaki itu tiada di tempatnya. Dia terkebil-kebil sebelum dia toleh ke belakang. Terhinjut tubuh melihat Aqib sudah terpacak di belakangnya. Dia tak tahu bila lelaki itu bergerak. Tapak kaki pun tak dengar.

"Yes, doctor?" Terjungkit sebelah kening Aqib sambil dia peluk tubuh menunggu Afya memberi keterangan tentang Baihaqi.

"Er... keadaan abang awak dikategorikan hemodynamically instable atau peritonitis
evisceration yang memerlukan kami buat laparotomy, iaitu pembedahan untuk assess the damage dalam abdomen. Kami berjaya control the bleeding, tapi masalahnya ialah dia kehilangan darah yang banyak sebelum sampai ke hospital. Ini menyebabkan dia mengalami hypovolemic shock, di mana tekanan darah dia jatuh drastik dan mengurangi supply oksigen ke otak. So benda ni kemungkinan boleh membuatkan Baihaqi koma dan tak sedarkan diri buat masa sekarang."

Jelas wajah Aqib sedikit terkejut. "K...koma?"

"Ya. Tapi encik jangan risau. Koma itu, dalam kes Baihaqi, adalah akibat daripada hypovolemic shock dan mungkin juga cerebral hypoxia, which is a lack of oxygen to the brain. Otak dia sekarang dalam keadaan yang kita panggil protective state. Tubuhnya sedang berusaha untuk heal balik."

Aqib kelihatan meraup wajah dan rambutnya. Gelisah.

"Dia akan sembuh kan? Biasanya berapa lama dia akan koma?"

"Saya tak boleh nak cakap berapa lama sebab setiap orang berbeza-beza. Tapi saya akan terus monitor EEG untuk check brain activity, dan ada juga beberapa tests lain yang kami akan lakukan untuk assess keadaan dia. Yang penting sekarang, kita banyakkan berdoa agar dia cepat sembuh. Awak boleh faham dan bagi kerjasama kan? Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk bantu Baihaqi."

"Yes." Aqib alih pandangan mata. Dia rasa mahu menangis. Bagaimana tidak sebak? Rasanya seperti baru semalam dia bercakap dan bergurau senda dengan keluarganya. Sekarang ujian datang bertubi-tubi sampai dia rasa mahu tersungkur lelah sendiri.

"Itu sahaja yang saya nak cakap. Awak pun jangan lupa rehat." Afya tarik laci sebelum dia keluarkan lollypop lantas dihulur kepada Aqib.

SEIFWhere stories live. Discover now