13

14.1K 1.8K 389
                                    

AKHIRNYA, setelah seminggu ditahan di hospital, Hessa dibenarkan pulang juga. Dalam keadaan lehernya masih berbalut. Sebenarnya balutan itu sudah boleh dibuka, tapi permintaan Hessa sendiri tidak mahu menanggalkan balutan itu. Dia tidak boleh melihat keadaan lehernya, setiap kali dia lihat lehernya di hadapan cermin, tiap kali itu bayangan Baihaqi ditikam di hadapannya bermain-main dalam fikiran. Jadi, buat masa sekarang biarlah luka itu ditutup seketika.

Sebelum dibawa pulang tadi, Hessa sempat singgah melihat keadaan Baihaqi. Itupun Aqib tak bagi Hessa berlama dalam bilik Baihaqi. Hessa akur, dia tahu Aqib tak mahu Hessa tertekan mengingati kejadian itu. Lagi-lagi penyesalan kerap kali menghantui hingga Hessa kerap menangis dalam tidurnya.

Hessa dibawa pulang oleh sebuah kereta hitam yang datang menjemputnya dia hospital. Aqib ada sekali di dalam kereta itu. Kata Aqib mereka sudah tidak tinggal di rumah lama lagi. Dan Tuan Seif sudah sediakan tempat tinggal baru untuk mereka.

Nampaknya Seif benar-benar serius dengan keputusannya mahu mengahwini Hessa.

Ingat soal itu, Hessa tersenyum. Dadanya naik dan perlahan-lahan turun menghembus nafas lega. Akhirnya...

"Senyum-senyum kenapa?" Aqib yang memeluk tubuh menegur. Mata menjeling ke arah Hessa yang tersipu-sipu di sebelah.

"Tak ada apa lah." Hessa kawal riak lantas dia lempar pandangan ke luar tingkap kereta.

"Berangankan Seif lagi?" tebak Aqib. Macam tak kenal adik dia seorang itu. Boleh berangan sampai ke langit ke tujuh.

"Abang? Nantikan, lepas Hessa kahwin dengan Tuan Seif, Hessa kena buat apa?" Bersinar mata Hessa menyoal abangnya.

"Buat apa lagi? Buat-buat jadi isteri dia lah." Dingin suara Aqib membalas. Rela tak rela aje nak biarkan adik bongsunya jadi isteri orang. Sudahlah lelaki itu seusia Baihaqi!

"Yelah. Hessa tahulah jadi isteri. Tapi Hessa kena buat apa? Kawan Hessa cakap nanti lepas kahwin, kitorang akan tidur sekali. Lepastu kitorang..."

"Cut cut!!" Laju Aqib menutup mulut adiknya dengan tapak tangan. Mata Hessa terkebil-kebil menatap Aqib dengan wajah polos. Berganti wajah Aqib yang merah dan malu dengan bicara spontan adiknya.

"Kau jangan menggatal eh! Kau tu muda lagi!" Marah Aqib kasar.

"Tapi ustazah cakap..."

"Ah takde! Masa kau belajar dulu tak ada pula kau ingat apa cikgu dan ustazah kau ajar. Pasal ni kau laju je ingat kan?" Geram aje Aqib pandang adiknya.

"Tapi kan, tanggungjawab isteri kena layan suami."

Aqib mendengus. "Seif kahwin dengan kau sebab dia nak jaga kau. Boleh jadi perkahwinan ni sementara je. Selagi dia tak minta, kau jangan bagi! Kalau dia minta pun, kau fikir dulu dua tiga kali! Kalau dia paksa, bagitahu aku. Faham tak?"

Hessa terdiam. Dia pandang mata Aqib dengan mata masih terkelip-kelip. Sukar untuk Aqib baca apa yang ada di fikiran adiknya sekarang.

"Kau dengar apa abang pesan, Hessa?" Sekali lagi Aqib bertanya. Dan tiba-tiba Hessa tersenyum.

Mata Aqib menyipi curiga. Dia senyum?

"Hessa faham," balas Hessa ringkas.

Aqib pula tak sedap hati. Tiba-tiba faham? Biasanya budak ni paling susah nak faham. Dan selalunya dia akan tanya banyak kali.

"Apa yang Hessa faham?"

"Kalau Tuan Seif tak sudi, Hessa jelah yang paksa dia."

Pak! Aqib tepuk dahi sendiri. Ya Allah, kenapalah aku diuji dengan adik seperti ini!!

SEIFWhere stories live. Discover now