Wajah guru Matematik itu berkerut-kerut melihat kertas jawapan peperiksaan anak muridnya. Mata hitam menggelongsor dari atas ke bawah lantas ulas mulut itu menghela nafas berat. Berat ni. Sangat berat.
"Hessa, subjek matematik awak teruk sangat ni," tegur si guru.
Kedua belah kening Hessa terjungkit ke atas. Pura-pura terkejut. Padahal semua subjek dia teruk. Tapi, peduli apa.
"Teruk sangat ke, teacher?"
"Awak masuk kelas pemulihan, ya? Untuk subjek ni sahaja. Nanti teacher bagitahu Cikgu Fatimah." Sebagai guru, dia tidak boleh terlampau fokus pada Hessa yang lemah di dalam kelas itu kerana masih ada ramai murid yang harus dia beri perhatian.
Sebab itu dia cadangkan Hessa masuk kelas pemuliham agar anak itu boleh belajar balik apa yang dia tertinggal. Ini tambah-tambah pun tak betul. Inikan nak belajar tolak, darab dan bahagi seperti orang lain.
"Ish, tak naklah, teacher." Hessa geleng kepala.
"Kenapa tak nak pula? Subjek Matematik ni penting Hessa. Orang lain dah belajar part lain, tapi awak masih kat belakang lagi. Teacher risaukan awak."
"Sebab saya dah malas nak belajar," balas Hessa tenang.
Tergamam sekejap si guru mendengar jawapan anak muridnya.
"Kenapa tak nak belajar dah? Besar nanti awak nak jadi apa?" Haih anak murid dia seorang ini. Ada-ada sahaja perangainya.
"Saya nak kahwinlah, teacher. Saya tak nak belajar." Aduhai anak Pak Cik Hassan ni. Datang bulan pun belum, ada hati nak kahwin.
"Kahwin macam mana, Hessa? Awak tu baru sepuluh tahun tau? Siapa nak kahwin dengan awak?"
Si guru tahu, anak muridnya dah merapu sebab tak mahu masuk kelas pemulihan. Ada-ada sahaja alasannya. Berat betul ujian jadi guru sekarang.
"Ada, teacher. Kawan abang saya," Mula lah tu, berangan bukan-bukan.
"Sudah, Hessa. Ambil buku ni, pergi duduk tempat awak." Kalau dilayan karut Hessa ni, sampai esok pun tak habis.
Hessa ambil buku dan dia bawa ke tempat duduknya. Dia duduk di meja paling depan. Depan meja guru pula tu. Itupun cikgu kelas yang atur, sebab kalau Hessa duduk di belakang, dia malas belajar tapi kuat berangan aje.
Ingat duduk depan rajinlah fokus masa cikgu mengajar, tapi macam tak ada beza saja gayanya.
"Hessa!" Bahu Hessa dicuit kawan belakang.
Di belakang Hessa ada dua buah meja rakan karibnya. Fatiyah dan Ira. Dan di sebelah Hessa pula ada Juwita. Mereka berempat memang rapat. Pergi mana-mana selalu bersama. Katanya, bestfriend forever.
"Ya?" Hessa paling wajah. Beriak selamba.
"Awak dah nak kahwin ke?" soal Ira dengan polos.
Hessa hembus nafas berat. "Ya, nanti saya dah tak sekolah kat sini dah. Saya ikut suami saya." Drama!
"Eh, ye ke? Habistu nanti kami macam mana?" Juwita susah hati. Iyalah, nanti dia nak duduk dengan siapa kalau Hessa tak ada.
"Tak apa, nanti saya selalu balik kampung," jawab Hessa.
"Em tapikan, Hessa. Awak kan muda lagi. Macam mana boleh kahwin?" Antara tiga orang itu. Fatiyah ragu-ragu mahu percaya.
"Abang saya yang jodohkan dengan kawan dia."
"Ohhhh..." Masing-masing angguk kepala.
YOU ARE READING
SEIF
RomanceBermula dari janji dan kepercayaan, masa depan seorang gadis dipertaruhkan oleh ayahnya sendiri. Si abang yang buntu mengambil pilihan mencari pelindung buat adiknya.