9

18.5K 2K 220
                                    

⚠️TW: SUICIDE ATTEMPT/SELF HARM⚠️
This chapter may contain experiences or events that may be disturbing for some readers.

______________________

SEPANTAS yang mampu Hessa berlari ke bilik mengambil tuala. Kemudian dia kembali ke arah muka pintu rumah mendapatkan Baihaqi yang terdampar tak mampu bergerak.

"Abang!! Abang dengar Hessa?" soal Hessa sambil dia tekap tuala ke abdomen Baihaqi yang sudah membuak-buak berdarah untuk menghentikan pendarahan. Tangan Hessa sudah berubah warna merah pekat. Dahinya berpeluh. Lehernya turut dipenuhi darah dengan luka hasil kelaran kecil tadi.

"Hessa..." Baihaqi tahu, bila-bila masa sahaja kesedarannya akan hilang. Dengan kudrat yang tersisa, dia angkat tangan menyentuh pipi adiknya.

"Jangan cakap... Jangan..." Hessa terketar-ketar tidak tahu berbuat apa sekarang. Aqib tiada di sini. Dia seorang dalam keadaan Baihaqi seperti itu. Apa yang perlu dia buat?

"Jangan.... menangis. Buruk..."

"Jangan bergurau dalam keadaan macam ni, abang!!!" Hessa menjerit kuat. Terhinggut-hinggut dia duduk di sebelah Baihaqi sambil memegang tuala menghentikan pendarahan Baihaqi.

"Abang tak boleh pergi. Hessa tak akan maafkan abang kalau abang tinggalkan Hessa! Jangan pergi!! Jangan..." Dada Hessa turun naik. Kepalanya tak mampu berfikir sekarang. Dia terlalu panik hingga dia tidak tahu berbuat apa waktu itu.

"Abang tak pergi..." Baihaqi senyum dan anak matanya jatuh.

"Abang ada di sini..." Jari telunjuk menunjuk ke dada Hessa sebelum tangannya jatuh ke lantai. Mata yang tadi layu terbuka sudah perlahan terkatup.

"Abang?" Hessa goncang bahu Baihaqi. Wajahnya terus pucat tak berdarah.

"Abang!!"

Tolong berfikir, Hessa!!

Saat mata Hessa singgah menatap tangan abangnya, matanya terpandang telefon bimbit Baihaqi yang tercampak di lantai tadi.

Seif!

•❉᯽❉•

TANGGAL sahaja tali leher, Seif terus hempas tubuh di atas katil. Penat.

Baru beberapa ketika berbaring di situ, hidungnya ditusuk bau asing. Sweet and fruity. Sangat invigorating. Rasa nak makan.

Bau milik siapa lagi kalau bukan milik gadis yang tadi berbaring di tempat yang sama itu.

Seif bawa lengan menindih di atas matanya. Bibir tiba-tiba tersunging senyum.

Dari bau sahaja dah cukup buat Seif tersenyum sendiri di atas katil. Bau dan personaliti yang sepadan. Hessa Yalina, mudah sungguh nak diteka. Makin dia mengenali gadis itu, makin membuak-buak perasaanya mahu menggali lebih tentang keunikan gadis itu.

Kalaulah dia boleh miliki Hessa untuk dirinya seorang...

Bunyi telefon bimbit buat lamunan Seif menghilang. Dengan keluhan malas, Seif pandang sekilas skrin telefon sambil tangannya bergerak mengangkat gadjet mewah itu. Niatnya mahu melihat sekilas pandang tapi bila dia sedar nama tertera di skrin telefon, Seif pandang kali kedua.  Mata terus terbuntang sedikit hingga dia bangun 90 darjah daripada baringannya. 

Baihaqi?

Lelaki itu call dia semata-mata nak hambur marah sebab dah tolong adik dia ke? Tak mungkinlah. Baihaqi bukannya orang macam tu.

Malas bermain teka-teki sendiri. Seif terus tekap telefon bimbit ke telinga.

"Bai?"

"Tuan Seif...." Malah sebaliknya yang Seif dengar. Suara esak Hessa di talian menjengah halwa telinga sekaligus mengundang debar di hati Seif.

SEIFWhere stories live. Discover now