6

14.4K 1.4K 249
                                    

"Sakit perut Hessa sampai nak terkencing Hessa tengok muka si Limah tu, bang." Hessa ralit bercerita sambil dia gigit ayam goreng di dalam pinggan.

"Tak baik kutuk orang, Hessa. Kan terkena kat diri sendiri." Bai menegur adiknya.

"Entah dia. Entah nanti kau make up sebijik macam Hantu Kak Limah." Aqib mencelah sambil dia berbaring di sofa menonton perlawanan bola sepak di televisyen. Telinga tetap memberi perhatian pada cerita Hessa.

"Hantu-hantu jangan main, abang. Nanti Hessa menghantui hidup Abang Qib!" Hessa bangun dan dia tolak rambut panjangnya menutup wajah. Sebijik macam hantu!

"Ish kau ni! Buatlah macam tu lagi! Malam ni dia datang merangkak tidur sebelah kau."

"Aqib!!" Hessa menjerit. Tak jadi dia ingin mengusik Aqib, berbalik dia yang kena.

"Kau buatlah lagi... buat buat..." Aqib buat tak endah dengan adiknya.

"Takde, malam ni dia datang melompat-lompat macam katak dalam bilik kau." Hessa tak mahu kalah.

"Kau ingat aku takut? Abang ni askar, Hessa, tidur dalam hutan, main dengan hantu perkara biasa. Give up jelah." Setelah itu Aqib jelir lidah pada adiknya.

Hessa sipi matanya. Benci!

Dia kembali duduk mengunyah ayam gorengnya. Penat betul bergaduh dengan orang macam pondan ni. Asyik dia je nak betul.

"Abang, minggu depan aku ada misi," ujar Aqib tiba-tiba. Mereka sekeluarga sudah terbiasa dengan cara Aqib yang tak pulang beberapa minggu atau beberapa bulan kerana tugasnya sebagai askar.

"Kali ni berapa lama pula?" soal Baihaqi.

"Mungkin lama dalam beberapa minggu juga."

"Okay."

Aqib menjeling abangnya lantas dia jeling Hessa. Dia tahu sejak mak dan ayah mereka meninggal, Baihaqi mahupun Hessa takut kehilangan salah seorang dari mereka lagi. Ini kali pertama Aqib sertai misi panjang setelah mak dan ayah meninggal. Pasti mereka berat hati.

"Hessa, kau jangan buat sepah bilik abang eh?" Aqib tarik rambut Hessa menghilangkan kejanggalan antara mereka.

"Hish! Ingat Hessa ni budak kecil ke? Orang tahulah!" Hessa tolak rambutnya ke belakang. Rimas betul ada orang suka main tarik-tarik rambut kita ni.

"Asalkan kau balik dalam keadaan sihat," ujar Baihaqi tiba-tiba. Serentak Hessa dan Aqib memandang abang sulung mereka.

"Aduh, bang. Kau pandang rendah kat aku ke? Aku Aqib kut. Kapten Aqib! Mestilah aku kena hidup dan sihat! Kapten Aqib tak mudah kalah." Aqib melawak cuba menghalau gusar di hati Baihaqi.

"Berlagak kau ni." Baihaqi baling bantal yang dipeluknya ke muka Aqib.

"Kan, abang! Berlagak betul Abang Qib ni! Tak mudah kalah konon. Tengok drama Korea pun dia paling awal menangis. Blah lah!" Giliran Hessa menjelir lidah pada abang keduanya.

"Eh kau ni! Yang kau pergi buka drama sedih-sedih tu kenapa?" Aqib terpaksa tengok drama korea itupun disebabkan Hessa. Malas nak berebut televisyen dengan adiknya, sekali dengan dia terlayan drama sama. Bukan dia aje, sekali dengan Baihaqi pun kena.

"Oh, Hessa lupa nak bagitau, minggu depan Hessa ada dinner dengan kawan kerja." Hessa berkata dengan muka sedikit bersalah. Dia nak ajak Baihaqi bersama tapi dia takut Baihaqi jumpa Seif dan selepas itu mereka gaduh-gaduh lepastu Baihaqi tak bagi Hessa kerja situ dah.

Hm...

Dia nak pergi, dia nak makan makanan sedap-sedap. Bukan nak cuci mata tengok Seif ya!

"Dia nak pergi dating, abang." Aqib mencelah. Yang ini kerja nak memburukkan orang aje!

SEIFWhere stories live. Discover now