1

24.1K 1.4K 313
                                    


Hessa - 10
Seif - 18
Di sebuah perkampungan lama.

          Sepasang kaki berjengket-jengket berjalan dengan sangat perlahan. Kepala meliar toleh ke kiri dan ke kanan seperti seorang pengintip. Mata tiba-tiba membesar saat matanya menangkap objek berharga terletak di atas meja di ruangan bahaya. Selamat atau tidak, dia harus dapatkan objek berharga itu.

          Air liur diteguk. Sangat berdebar sehingga peluh menitik turun dari dahi.

          Posisi tubuh genitnya tiba-tiba turun duduk bercangkung di atas lantai lantas dia bergolek penuh dramatik seperti yang pernah dia lihat dalam filem aksi. Tapi nampak gayanya seperti orang melakonkan aksi bollywood saja. Tak apa. Asal boleh.

          Setelah itu, cepat-cepat dia bangun bersembunyi di belakang sofa. Kepala sekali lagi kembali menoleh ke kiri dan ke kanan. Tak ada orang.

          Clear!

          Perlahan-lahan dia bangkit berdiri dan berjengket-jengket berjalan menuju ke kawasan larangan. Air liur diteguk lagi. Pandangan matanya tajam dan serius melihat objek berharga yang ingin dia capai dengan tangannya.

          Hampir...

          Sudah hampir tangannya menyentuh objek itu.

          Pak!

          Objek berharganya sudah dirampas tanpa sempat dia sentuh! Ah, dia gagal dalam misi lagi!

          "Alah!!" Hessa terus mengeluh. Dia toleh ke belakang memandang abang sulungnya, Baihaqi sedang memeluk tubuh sambil memegang remote televisyen di tangan.

          "Mak cakap apa tadi?" Baihaqi jungkit sebelah kening.

          "Mak suruh tengok TV!" Hessa hentak kaki. Geram kerana misinya digagalkan oleh lelaki itu.

          "Jangan nak menipu! Abang jahit mulut kau karang!" marah Baihaqi.

          Hessa muncung bibir. Sekilas matanya naik ke atas menjeling Baihaqi dengan tajam. Lima minit lagi dah nak pukul 2.30 petang. Dia nak tengok cerita Hagemaru. Ah, benci betullah Baihaqi ni.

          "Pergi siapkan kerja sekolah kau dulu baru boleh tengok TV. Ini baru sepuluh minit buat kerja sekolah dah pandai curi-curi tengok TV." Baihaqi membebel sambil dia hala jari telunjuk ke pintu bilik Hessa. Menyuruh adiknya masuk dan siapkan kerja sekolah terlebih dahulu.

          "Orang dah siaplah!" Hessa membentak.

          "Tipu!"

          "Hessa cakap betul. Dah siap! Bagilah remote tv tu! Hessa nak tengok Hagemaru!" Terjungkit-jungkit kaki Hessa cuba merampas remote televisyen dari tangan abangnya. Tapi Baihaqi lebih laju mengangkat remote itu tinggi. Sudahlah tubuh badan abang dia ni tinggi sayup macam pokok kelapa.

          "Abang!!" Kening Hessa sudah berkerut. Dada turun naik tunggu masa nak mengamuk kerana tak dapat remote televisyen.

          "Pergi ambil kerja sekolah kau sekarang, abang nak tengok." Baihaqi henyak punggung di atas sofa. Iya-iya je si Hessa tu boleh siapkan kerja sekolah dalam masa sepuluh minit. Adik dia tu bukan boleh percaya sangat.

SEIFМесто, где живут истории. Откройте их для себя